Solat hajat sempena Hari Kemerdekaan

webmaster

KERAJAAN Kelantan mengadakan pelbagai aktiviti termasuk solat hajat dan doa selamat di Masjid Muhammadi Kota Bharu sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.

Solat hajat itu akan diadakan serentak di masjid peringkat jajahan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, program tersebut dirancang bagi memeriahkan lagi suasana serta sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia di Kelantan.

Katanya, pelbagai aktiviti dengan penglibatan masyarakat untuk mengibarkan Jalur Gemilang di semua tempat.

“Menjadi harapan kita agar masyarakat dapat melahirkan rasa cinta kepada negara melalui kibaran Jalur Gemilang. Perbuatan ini merupakan sebahagian tuntutan dalam Islam iaitu cinta kepada negara,” katanya pada pelancaran Hari Kemerdekaan peringkat negeri di Pasir Puteh hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, Ketua Hakim Mahkamah Syariah, Datuk Daud Muhammad dan anggota-anggota Exco serta wakil rakyat. – HARAKAHDAILY 10/8/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Malaysia Cub Prix pilih Pasir Puteh Sentral

PETRONAS AAM Malaysia Cub Prix memilih Pasir Puteh Sentral sebagai lokasi perlumbaan Cub Prix yang dijangka berlangsung pada 8 dan 9 September depan. Bandar Baru tersebut lengkap dengan pasar dan rumah kedai akan menjadi pusat pertumbuhan baru di Pasir Puteh. Pada Januari lalu 500 peniaga enggan berpindah ke pasar baharu di […]

Subscribe US Now