SOP cegah maksiat sudah lama dilaksana

KOTA BHARU: Penguatkuasa agama di Kelantan meneruskan operasi pencegahan maksiat mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti sebelum ini.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, sejak kaedah berkenaan dijalankan tiada sebarang aduan diterima.

Katanya, begitu juga rungutan berkaitan SOP yang dilaksanakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) tidak berbangkit.

“Pelaksanaan operasi yang dijalankan pegawai JAHEAIK begitu teratur berdasar SOP sebelum ini,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa dilapor berkata SOP bagi penguatkuasaan aktiviti khalwat akan ditambah baik mengikut prosedur ketat sebelum melakukan serbuan. – HARAKAHDAILY 10/10/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8351-sop-cegah-maksiat-sudah-lama-dilaksana

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
168Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment