‘Spec truck’ pertama dilancar di Kelantan

webmaster

DEWAN Usahawan Kelantan (Duke) dengan kerjasama Malina Optical Sdn Bhd menawarkan perkhidmatan cermin mata secara bergerak dengan harga berpatutan kepada pelajar dan penduduk kampung.

Presiden Duke, Mohd Zaki Zakaria berkata, langkah tersebut bagi menyahut seruan kerajaan negeri yang ingin melihat perniagaan secara ‘truck’ dipelbagaikan.

Katanya, kenderaan yang dikenali ‘spec truck’ akan bergerak di program anjuran Duke termasuk di Yayasan Islam Kelantan (Yik).

“Idea mengadakan perkhidmatan ini yang merangkumi satu pakej termasuk pemeriksaan mata dan cermin mata pada harga RM60 hingga RM80 sahaja.

“Dan kita berbesar hati Malina Optical bekerjasama dengan Duke bagi menawarkan satu perniagaan ‘spec truck’ kepada pelajar sekolah dan penduduk kampung,” katanya di Kota Bharu.

Pelancaran spec truck itu disempurnakan anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood di perkarangan Kota Darulnaim.

Kelantan merupakan negeri pertama melancar perkhidmatan tersebut. Hadir sama Pengasas Malina Optical, Datuk Seri David Sew; pengarah urusan, Datuk Seri Mohamad Badri Abdul Rahman dan setiausaha Duke, Nazman Che Iberahim. – HARAKAHDAILY 20/9/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

JPS Kelantan sentiasa waspada air pasang

KOTA BHARU – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan mengingatkan penduduk yang tinggal di persisiran pantai atau pengunjung di negeri ini supaya sentiasa berwaspada dengan fenomena air pasang. Pengarahnya, Kamal Mustapha berkata, di negeri ini, kejadian air pasang besar itu dijangka akan berlaku pada 5 November hingga 7 November ini […]

Subscribe US Now