SPR jadi alat pertahan kuasa Umno

webmaster

UMNO tidak mampu lagi menyembunyikan taktik mereka sejak dahulu dengan memperalat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengekalkan kuasa.

Malah Umno menang besar pada pilihan raya umum 2004 selepas berlaku persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Dan terbaru Dun Wakaf Baru yang meliputi Pekan Wakaf Baru dikeluarkan dua Unit Peti Undi (UPU) untuk dipindahkan kepada Dun Pasir Pekan.

Ia meliputi UPU Kota Kubang Labu dan UPU Alor Pasir sekarang berada dalam Dun Wakaf Bharu.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata orang ramai tidak nampak rasional SPR memindahkan dua UPU dalam Pekan Wakaf Baru ke Dun lain.

Katanya, strategi SPR itu secara jelas bagi memberi kemenangan Umno selepas gagal menguasai Dun berkenaan sejak 2008.

“Ini juga membuktikan SPR tidak berkecuali dan bebas dalam membuat keputusan. Situasi tersebut memperlihatkan ia merupakan usaha yang memberi keuntungan kepada Umno,” katanya di sini. – HARAKAHDAILY 8/3/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Catat Rekod Baru - Remaja OKU Johan Tilawah Al Quran

Majlis Hafazan dan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan tahun 2017 telah mencipta rekod tersendiri apabila Johan Qari telah disandang oleh peserta kurang upaya. Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 19 tahun, telah dinobatkan sebagai johan qari, manakala Munirah Kassim 50 tahun, sebagai Johan Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan 2017, di Balai […]

Subscribe US Now