SPR Kelantan terima notis pengosongan Dun Nenggiri

webmaster

KOTA BHARU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan hari ini mengesahkan menerima notis pengosongan kerusi Dun Nenggiri daripada Pejabat Speaker Dun Kelantan, selepas penyandangnya Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani dilucutkan kelayakan sebagai wakil rakyat kerana muflis.

Jurucakap SPR Kelantan berkata, pihaknya akan memaklumkan perkara itu dan menghantar laporan kepada ibu pejabat SPR di Putrajaya.

Dalam pada itu, Speaker Dun Kelantan Datuk Abdullah Ya’kub berkata, notis yang dihantar oleh wakilnya itu tiba di pejabat SPR Kelantan pada 12.40 tengah hari tadi.

“Ia menjadi tanggungjawab saya untuk memaklumkan perkara itu kepada SPR Kelantan,” katanya ketika dihubungi.

Khamis lalu, Abdullah pada sidang akhbar di sini mengisytiharkan kerusi DUN Nenggiri kosong berikutan penyandangnya Mat Yusoff diisytiharkan muflis, selepas menerima surat pemakluman daripada Jabatan Insolvensi Malaysia cawangan Selangor pada 28 Mei lepas.

Beliau dipetik sebagai berkata, Perkara 31(1)(b) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan menyatakan seseorang yang muflis dan masih belum diselesaikan tidak layak menjadi Adun Kelantan.

Dalam pada itu, Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Umno Kelantan akan terus melakukan gerak kerja sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 walaupun kehilangan seorang Adun.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa meneliti secara mendalam sebelum memilih calon untuk diketengahkan sebagai wakil rakyat sama ada di peringkat Parlimen mahupun Dun.

Beliau berkata, sebelum dipilih, Mat Yusoff merupakan seorang pemimpin yang baik dan sering memberi sumbangan kepada rakyat dan Umno.

Mustapa ditemui pemberita selepas menziarahi dan menyampaikan sumbangan wang tunai kepada lima pesakit kronik di Kampung Pulau Panjang dan Kampung Pauh sempena Program Ziarah Kasih Ramadan Dun Chempaka di Kota Bharu. – Bernama

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

2,000 armalah terima bantuan

TUMPAT – Sejumlah RM400,000 bantuan kerajaan negeri diagihkan kepada 2,000 armalah di Parlimen Tumpat melibatkan empat Dun sempena Ramadan ini. Bantuan tersebut disalurkan melalui JKM untuk meringankan bebanan mereka yang kurang berkemampuan. 2,000 armalah itu dari Dun Pasir Pekan, Dun Pengkalan Kubor, Dun Kelaboran dan Dun Wakaf Bharu di mana […]

Subscribe US Now