STAM: 126 pelajar Yik cemerlang

webmaster

KOTA BHARU: Seramai 126 pelajar Yayasan Islam Kelantan (Yik) memperolehi keputusan cemerlang (mumtaz) dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang diumum hari ini.

Seramai 13 pelajar daripada jumlah tersebut memperolehi 10 Mumtaz semua mata pelajaran.

Pencapaian pelajar Yik dalam STAM tahun ini meningkat kepada 67.46 peratus berbanding 62.97 peratus 2014, berlaku peningkatan sebanyak 4.49 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, seramai 1,853 pelajar menduduki STAM tahun lalu berbanding 1,912 orang (2014).

“Daripada jumlah tersebut seramai 373 pelajar memperolehi pangkat Jayyid Jiddan dan 614 pula mendapat pangkat Jayyid,” katanya ketika mengumumkan keputusan STAM di Nilam Puri hari ini.

Maahad Muhammadi Perempuan mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) 2.37, diikuti Maahad Muhammadi Lelaki (2.57) dan Maahad Tahfiz Al Quraan Wal Qiraat (2.93).

Empat pelajar Maahad Muhammadi Perempuan iaitu Anis Athirah Ahmad Shukri, Asma’ Mohd Nazri, Nur Syahida Ibrahim dan Nurul Syuhada Mohamed masing-masing mendapat 10 Mumtaz.

Turut mendapat keputusan 10 Mumtaz tiga pelajar Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman dan seorang Maahad Muhammadi Lelaki. –HARAKAHDAILY 21/1/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kemalangan di Jordan: Kelantan biayai kos bawa balik jenazah

KOTA BHARU: Kerajaan negeri sedia menanggung kos membawa pulang dua jenazah dan seorang pelajar Kelantan yang parah dalam kemalangan jalan raya di Wilayah Mafraq, Amman, Jordan. Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata bantuan itu dibuat melalui Tabung Khairat Kematian di bawah Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN). Beliau berkata, pihaknya juga […]

Subscribe US Now