STAM: 20 pelajar Yik 10 mumtaz

KOTA BHARU: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik) tahun lepas meningkat sebanyak 4.19 peratus berbanding 2017.

Ustaz Azhar Salleh menunjukkan keputusan STAM pelajar sekolah Yik.Seramai 20 pelajar memperolehi pencapaian terbaik dengan 10 mumtaz semua mata pelajaran. Empat pelajar terbabit dari Maahad Muhammadi Lelaki.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat Ustaz Azhar Salleh berkata, seramai 147 pelajar mendapat pangkat mumtaz.

Manakala jayyid jiddan 407 pelajar berbanding berbanding 343 calon tahun 2017.

“Peringkat jayyid pula seramai 656 calon berbanding 587 orang pada 2017.

Manakala maqbul (lulus) pula seramai 164 calon berbanding 148 pelajar sebelumnya,” ujar beliau pada sidng media di pejabat Yik di Nilam Puri hari ini.

Hadir sama Pengarah Yik Tengku Ab Rahman Tuan Yunus dan pegawai kanan Yik. – HARAKAHDAILY 17/1/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/9428-stam-20-pelajar-yik-10-mumtaz

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment