STAM: Yik cipta sejarah baru

KOTA BHARU: Yayasan Islam Kelantan mencipta sejarah baru apabila dua orang pelajarnya mempunyai latar belakang hidup berbeza mencapai keputusan cemerlang dalam keputusan STAM tahun lalu.

Pengarah Yik, Tengku Abdul Rahman Tuan Yunus berkata, Wan Nasriah Wan Nasri anak kepada pasangan suami isteri OKU pendengaran manakala Ahmad Faez Ibrahim merupakan pelajar OKU mencatat keputusan 10 mumtaz pada peperiksaan itu.

Wan Nasriah ialah pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, manakala Faez dari Maahad Ar Rahmah Kenali.

“Yik mengucapkan tahniah kerana kesungguhan mereka akhirnya mereka mendapat keputusan yang amat memberangsangkan.

“Semoga kejayaan mereka juga menjadikan pencetus motivasi kepada pelajar lain,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengisytiharkan keputusan peperiksaan itu bagi semua sekolah Yik seluruh Kelantan.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Abdul Rahman memberitahu seramai 19 orang pelajar kelolaan Yik memperoleh pangkat mumtaz.

Katanya, walaupun berlaku penurunan 6.14 peratus, jumlah yang mencapai pangkat mumtaz meningkat berbanding sebelumnya iaitu 15 orng.

Menurutnya lagi, seramai 346 orang pula mendapat pangkat jayyid jiddan (amat baik), 601 orang jayyid (baik) dan 134 maqbul (lulus).

Beliau seterusnya berkata, berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) MMP 2.28, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong, 2.43 dan Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman 2.65.

Beliau memberitahu seramai 1,200 orang pelajar atau 61.32 peratus daripada jumlah calon 1,957 lulus dalam peperiksaan itu.

“Tiga buah sekolah terbaik mengikut peratus kelulusan kategori Maahad Kawalan, MMP 92.59 peratus, MTQ Wal Qiraat 92.50 dan Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman 83.64 peratus.

“Kategori Maahad Pilihan MM Pasir Pekan, MMP Pasir Pekan dan Maahad Muhammadi Tumpat,” ujarnya.

Kategori SMU (A), SMU (A) Maheliah Geting Tumpat, SMU (A) Tarbiah Mardhiah Panchor dan SMU (A) Taqaddum Maarif.

Sehubungan itu beliau bersama warga Yik akan membuat semakan berhubung penurunan itu.

Katanya, pada masa yang sama pihaknya akan mempertingkatkan usaha gerakerja bagi mencapai keputusan yang lebih baik. – HARAKAHDAILY 19/1/2017

(Visited 34 times, 5 visits today)

Add Comment