STPM 2018: Kelantan terus cemerlang

KOTA BHARU – Purata Nilai Gred Keseluruhan (PGNK) Negeri bagi Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2018 Kelantan meningkat kepada 0.05 mata.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Abdullah Mat berkata, keputusan tersebut amat membanggakan dan cemerlang jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya dalam semua aspek.

“Dua sekolah pula mendapat lompatan saujana iaitu SMK Sultan Yahya Petra 2 di Kuala Krai dan SMK Dato’ Biji Wangsa di Tumpat.

“Bagi calon sekolah bantuan kerajaan 2018 PGNK yang diperoleh ialah 2.98 berbanding tahun sebelumnya iaitu 2.93.

“Peratus Kelulusan Keseluruhan calon ialah 99.48 atau 3,417 calon berbanding tahun lalu iaitu 99.46 peratus atau 3,331 calon dan menunjukkan peningkatan sebanyak 0.02 peratus.

“Peratus lulus penuh calon sekolah bantuan kerajaan ialah 99.59 atau 3,405 calon berbanding tahun sebelumnya ialah 99.55 peratus atau 3,325 calon,” katanya.

Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2018 di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, JPN Kelantan di Bandar Baru Tunjong di sini.

Menurutnya, pada 2018, seramai 3,724 calon berdaftar untuk STPM 2018 dan seramai 3,435 calon menduduki peperiksaan tersebut yang mana mereka merupakan calon kohort keenam bagi sistem pentaksiran baharu STPM (Modular).

Beliau berkata, untuk tahun ini, calon yang mendapat 5 dan 4 Prinsipal Sekolah Bantuan Kerajaan adalah seramai 2,853 iaitu 83.45 peratus berbanding tahun lalu hanya 80.87 peratus sahaja.

“Untuk tahun ini, 49 Sekolah Bantuan Kerajaan berjaya memperolehi lulus penuh 100 peratus berbanding 47 buah sekolah pada tahun lalu. Manakala 10 buah sekolah lagi pencapaiannya ialah 93.00 peratus ke atas.

“Manakala calon terbaik STPM kali ini ialah dua dari SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja1 iaitu Dhivya Janani Mariapan dan Wee Chin Seng yang mendapat 5 principal A manakala Nur Solehah Zahari di SMK Dato’ Biji Wangsa Tumpat dan Leonh Yean Thyn dari SMK Sultan Yahya Petra 1 Kuala Krai dan masing-masing mendapat 4 principal A.

“Untuk tahun ini juga, seramai 59 calon mendapat PGNK 4.0 berbanding tahun lalu hanya 41 calon. Daripada jumlah tersebut, 29 calon memperoleh semua A bagi 5 mata pelajaran dan 30 mendapat mendapat 4A daripada 4 mata pelajaran yang diduduki.

“Calon PGNK 3.0 ke atas adalah seramai 1,834 calon berbanding 2017 iaitu seramai 1,699 orang calon dan menunjukkan peningkatan seramai 135 calon,”katanya.– SINAR HARIAN 11/3/2019

https://www.sinarharian.com.my/article/17400/EDISI/Kelantan/STPM-2018-Kelantan-terus-cemerlang?fbclid=IwAR0czAXSddV6YaKOvgWMJakUbRizVDdNbOk7ejdZz1V_nSXeg4QK2xczNHA

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
39Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment