STPM: 4 pelajar K’tan cemerlang kebangsaan

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan negeri merakam ucapan tahniah empat pelajar negeri itu yang dinobatkan antara 10 pelajar cemerlang peringkat kebangsaan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2018.

Dr Fadzli Hassan menyampaikan dermasiswa kepada pelajar.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat Dato’ Dr Mohamed Fadzli Mohamed berkata, kecemerlangan itu menjadi kebanggaan kepada negeri dan rakyat Kelantan.

“Saya menyanjung tinggi usaha pelajar, ibubapa dan sekolah sehingga empat pelajar kita mencatat rekod di peringkat kebangsaan,” katanya selepas majlis penyampaian Dermasiswa pelajar Yayasan Islam Kelantan (Yik) di sini semalam.

Seramai 140 pelajar menerima dermasiswa itu pada program dianjurkan Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan Kelantan (Purnama).

Empat pelajar yang cemerlang STPM di Kelantan yang diumum kelmarin iaitu Dhivya Janani Mariappan dan Wee Chin Seng memperoleh lima prinsipal A.

Selain itu Nur Solehah Zahari dan Leong Yean Thyn memperoleh empat prinsipal A. – HARAKAHDAILY 13/3/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10160-stpm-4-pelajar-k-tan-cemerlang-kebangsaan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Jawatankuasa khas nilai persembahan makyong

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menubuh jawatankuasa khas bagi meneliti persembahan makyong yang pernah diharamkan sebelum ini. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan negeri, Mejar (B) Dato’ Md Anizam Abd Rahman berkata, jawatankuasa itu dibentuk bagi mengenal pasti pertunjukkan itu sejauh mana mematuhi elemen patuh syariah. Katanya jawatankuasa khas terbabit […]
Mohd Amar Abdullah menaiki beca baharu.

Subscribe US Now