STRATEGI MEDIA NORMA BAHARU: CAPAI MATLAMAT BUKAN HANYA TUNAI TANGGUNGJAWAB

webmaster

oleh Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM – Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa mengemaskini strategi pemantapan tadbir-urus sistem pentadbiran negeri selari dengan keperluan rakyat dan kehendak semasa.

Memahami maksud tersebut, Urusetia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri Kelantan (UPKN) sebagai pusat penyebaran maklumat rasmi Kerajaann Negeri telah menganjurkan seminar Media Norma Baharu: Etika, Strategi dan Cabaran Dunia Digital pada 18 dan 19 Julai di Dewan Seminar, Mabna.

Sesi dua hari itu dibimbing oleh konsultan media digital, Hj Zainal Rashid Ahmad.

Peserta dari pelbagai agensi kerajaan negeri didedahkan mengenai revolusi digital yang merubah struktur kehidupan masyarakat dunia secara total apabila generasi milenia memberontak kerana enggan didoktrininasi melalui media konvensional.

Menurut Zainal Rashid, kandungan berita stereotaip tidak akan dilihat, didengar apatah lagi diterima-pakai oleh generasi Z.

“Mereka mencari konten yang asli (natural), segar, tidak klise dan berpijak di bumi nyata menerusi platform digital yang membolehkan mereka juga turut berinteraksi secara langsung melalui ruang komen yang disediakan.

“Mindset pemain media norma baharu bermula dengan niat untuk berkhidmat mencapai matlamat bukan sekadar memenuhi tanggungjawab”, ujarnya.

Majlis ditutup secara rasmi oleh Timbalan Exco Pembangunan Islam, Penerangan, Dakwah dan Hubungan Seranta, YB Dr Yusnan Yusuf pada pukul 11 pagi tadi.

Ketika berucap, beliau menekankan aspek kesediaan agensi Kerajaan Negeri untuk mengadaptasi teknik penyampaian maklumat menerusi talian tanpa wayar ke dunia tanpa sempadan.

Beliau berkata, dunia semakin kecil, cuma berada di hujung jari, mesti diadaptasi dengan pantas. Peningkatan kualiti perkhidmatan membantu mencapai matlamat.

“Kita kena hebahkan kepada dunia bahawa Islam relevan sepanjang zaman dan penyelesai mutlak bagi semua masalah.

“Inilah yang kita tekankan melalui konsep ‘Ubudiah, Mas’uliah dan Itqan (UMI) yang sudah 30 tahun dipraktikkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan”, ujarnya.

Turut hadir Pengarah UPKN, Hj, Zulkifli Mamat, Pengerusi Unit Media dan Komunikasi Menteri Besar (UKMB) Ustaz Ubaidillah Alias.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

KRAI AQUACULTURE SASARKAN 3.5J PENGELUARAN BENIH KELI, PATIN PADA 2021

oleh Norzana Razaly KUALA KRAI – Projek pembenihan ikan air tawar yang diusahakan Mohd. Ruzaini Maimun, 37, terbukti memberi hasil lumayan. Minat mendalam dan berpengetahuan mengenai bidang yang berpotensi tinggi, mendorong bapa kepada tiga anak ini menceburi perniagaan tersebut. Bermodalkan RM70 ribu untuk permulaan kos operasi, belia kelahiran kampung Sungai […]

Subscribe US Now