Tubuh pasukan khas pantau sindiket kutipan derma dan sedekah

webmaster

KOTA BHARU – Kerajaan negeri akan menubuhkan pasukan khas untuk mengawal dan menyelia kawasan kuliah Jumaat di Dataran Medan Ilmu, berikutan beberapa tangkapan membabitkan minta sedekah dan menyamar mengutip derma. Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, selepas ini pihaknya tidak melarang urus niaga di kawasan berkenaan, sebaliknya tidak mahu ada […]

Kelantan tidak keluar lesen premis vape

webmaster

KOTA BHARU: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kelantan diarah tidak mengeluarkan sebarang lesen bagi menjual rokok elektronik (vape) di negeri itu. Bagaimanapun keputusan sama ada vape boleh dijual atau tidak di Kelantan akan diputuskan pada mesyuarat khas Jawatankuasa Kerajaan Tempatan 16 Disember ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan […]

Rakyat Kelantan cerdik politik, tahu menilai

webmaster

KOTA BHARU – Pas Kelantan yakin dengan ‘kecerdikan politik’ rakyat negeri ini malah tidak ada sebab untuk mereka menolak kerajaan yang ada hari ini sedangkan sebelum ini menyambut baik pentadbiran bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Setiausahanya, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, sehingga hari ini kerajaan […]

Turun padang jelas dasar kerajaan

webmaster

PASIR MAS – Lawatan kerja ke setiap jajahan yang dimulakan sejak tahun lalu, menjadi platform kepada kerajaan negeri untuk menerangkan dasar-dasar kepada rakyat secara terus dan telus. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, penerangan itu membolehkan rakyat negeri ini mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dari sumber yang […]

Kerjasama negeri-pusat demi manfaat rakyat – MB

webmaster

KOTA BHARU: Kelantan melangkah setapak lagi ke hadapan apabila kerjasama negeri-pusat membolehkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) diwujudkan di negeri ini. Projek bernilai RM16 juta itu termasuk mengubahsuai bangunan sebanyak RM11 juta dan RM5 juta pengambilan balik tanah, dijangka beroperasi tahun hadapan. Hubungan rapat dijalin berdasar Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan, bagaimanapun […]

Rampas Kelantan: Bahtera Umno lagi teruk pecah

webmaster

KOTA BHARU: Impian Umno mahu menawan Kelantan bukan hanya sekarang diuar-uarkan, sebaliknya setiap kali menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) slogan itu diulang-ulang. Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata sejak daripada dahulu lagi Umno menguar-uarkan hendak rampas Kelantan. “Kita pula hendak pertahankan Kelantan. Kedua-duanya dalam konteks berlainan, jadi sama-sama kena […]

Solat hajat, munajat elak bah besar – MB Kelantan

webmaster

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan mengajak rakyat negeri ini solat hajat dan munajat bagi memohon kepada Allah Taala supaya dielakkan daripada berlakunya bah besar seperti tahun lalu. Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata solat hajat boleh diadakan di masjid atau surau di kampung masing-masing. “Hanya Allah yang berkuasa di atas segala sesuatu. […]

Kelantan pantau pembangunan tanah di Lojing

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sentiasa memantau pembangunan tanah bagi aktiviti pertanian di Tanah Tinggi Lojing. Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman berkata, secara umum aktiviti pertanian di Lojing mengikut piawaian alam sekitar ditetapkan kerajaan. Bagaimanapun katanya mungkin ada syarikat tertentu yang tidak mengikut syarat […]

‘Bagai mimpi miliki rumah sendiri’

webmaster

TUMPAT – “Bagaikan mimpi memiliki rumah sendiri untuk kami 13 beranak berteduh,” kata pasangan orang kurang upaya (OKU), Mat Husien Awang, 67, dan isterinya, Siti Khatijah Mamat, 58, dari Kampung Dalam Rhu, di sini, semalam. Mat Husien cacat kedua kaki, manakala Siti Khatijah seorang kerdil menerima rumah daripada kerajaan negeri […]

Banjir: HUSM tambah lebih 200 katil

webmaster

KOTA BHARU – Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian menambah lebih 200 katil sebagai persediaan menghadapi banjir tahun ini. Pengarah Kampus Kesihatannya Prof Datuk Dr Mafauzy Mohamed berkata ia bagi menampung pesakit dari beberapa hospital di Kelantan yang berkemungkinan dinaiki air. “Tahun lepas kita menerima lebih daripada 200 pesakit […]

Subscribe US Now