Program terap cara solat betul

webmaster

Solat dengan cara betul dan sempurna memberi impak besar dalam kehidupan malah mampu mempengaruhi gaya hidup seseorang umat Islam. Menyedari hakikat tersebut, Masjid Laha dengan kerjasama Dakwah Halaqat Negeri menjayakan Program Generasi solat buat kali kedua di Masjid Mukim Laha, di sini. Imam Masjid Mukim Laha, Mohd Nazri Mat Daud […]

Kecuaian manusia penyebab kebakaran di Kelantan meningkat

webmaster

KOTA BHARU – Cuaca panas dan kering berikutan fenomena El Nino dan kecuaian manusia, antara faktor utama yang menyebabkan peningkatan‎ kes kebakaran di negeri ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Azmi Osman‎ berkata, pihaknya merekodkan sebanyak 80 kes kebakaran pada bulan lepas dan ia meningkat kepada 86 […]

Pemuda lancar gerakan pertahan Kelantan

webmaster

KOTA BHARU: Pemuda PAS melancar Gerakan Mempertahan Kerajaan Negeri Kelantan (Pertahan) dengan penglibatan semua pihak termasuk Angkatan Muda KeADILan (AMK). Ketuanya Ahmad Fadhli Shaari berkata gerakan itu diadakan di seluruh kawasan parlimen di Kelantan bermula 2 Mac ini. Katanya, Pemuda PAS akan mengemudikan gerakan itu dengan mengumpul sebanyak mungkin badan, […]

Musim sejuk kembali di Kuala Krai

webmaster

KUALA KRAI – Fenomena sejuk luar biasa yang pernah di alami penduduk daerah ini dua tahun berturut-turut kembali lagi. Rata-rata penduduk tidak menyangka fenomena tersebut kembali melanda dan mengakui cuaca sejuk dengan suhu sekitar 19 darjah selsius dirasai sejak seminggu. Penduduk mendakwa perubahan suhu sejuk mula dirasai sejak petang Ahad […]

Kelantan tidak diberi taklimat TPPA

webmaster

KOTA BHARU: Biarpun Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ditandatangani pada 4 Februari lepas namun kerajaan Kelantan tidak pernah diberi taklimat berkaitan perjanjian tersebut. Anggota Exco kerajaan negeri Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata kerajaan negeri pernah meminta agensi berkaitan menyampaikan taklimat mengenai TPPA, namun tidak menjadi kenyataan. “Pembentangan mengenai TPPA tidak […]

Penduduk setinggan diami penempatan baharu

webmaster

GUA MUSANG: Ramai bekas setinggan di sekitar bandar ini terselamat daripada bah besar yang melanda akhir 2014 kerana berpindah lebih awal ke penempatan baharu diwujudkan kerajaan negeri. Sehingga kini tiga penempatan diwujudkan di Dun Galas iaitu Tanah Putih, Kampung Kundur dan Kampung Kerinting. Malah penempatan tersebut kini menjadi kawasan pertumbuhan […]

Kelantan terus pertahan pendidikan agama

webmaster

KOTA BHARU: Mengurus 89 sekolah agama dengan bilangan pelajar lebih 37,000 orang bukan tugas mudah. Paling terasa kos pengurusan yang terpaksa ditanggung kerajaan negeri. Bagi pemimpin Umno Kelantan teori mereka mudah, serah sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik) kepada kerajaan pusat bagi mengurangkan bebanan kewangan kerajaan negeri. Sebaliknya […]

Penduduk bantah bina rumah kekal di padang bola

webmaster

KUALA KRAI: Selepas lebih setahun bah besar berlalu, baru sehari dua ini kerajaan pusat dikatakan memulakan kerja-kerja membina penempatan baru di Kampung Manjor dekat sini. Penempatan baru yang dicadangkan itu melibatkan padang di Kompleks Sukan Manjor. Difahamkan sebanyak 33 rumah kekal bakal dibina di kawasan seluas lebih 7 ekar. Tanah […]

Kerajaan negeri, Pemuda PAS bantu mangsa ombak

webmaster

KOTA BHARU: Mangsa ombak besar di Pulau Kundur dekat sini mendapat simpati kerajaan negeri dan Pemuda PAS Kelantan. Pagi tadi mangsa-mangsa ombak terbabit menerima sumbangan disampaikan Ketua Pemuda PAS negeri, Ahmad Fadhli Shaari dan anggota-anggota exconya. Beliau berkata sumbangan itu diharap sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang ditanggung mangsa-mangsa ombak […]

Kelantan rai penakluk Kutub Selatan

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan turut berbangga di atas kejayaan penjelajah negara yang menakluk Kutub Selatan, Shahrom Abdullah. Hari ini anak jati Felda Chiku, Gua Musang berkunjung ke pejabat Menteri Besar untuk berkongsi detik kejayaan menawan bumi yang paling hujung di benua selatan. “Ini adalah pencapaian bertaraf dunia sehingga berjaya mencipta […]

Subscribe US Now