Subjek pertanian diperkenal di SRITI

webmaster

KOTA BHARU: Matapelajaran pertanian akan diperkenalkan dalam kurikulum pendidikan di Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) di Kelantan bagi memupuk minat serta kesedaran pada usia muda.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar negeri, Ustaz Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, seramai 512 pelajar SRITI bakal diberi pendedahan khususnya pertanian organik.

Katanya, inisiatif itu dilihat mampu memberi kesan maksimum kepada generasi muda di Kelantan dalam pembangunan sektor pertanian.

“Ini sekaligus dapat merealisasikan hasrat untuk menjadikan Kelantan sebagai Jelapan Makanan Negara.

“Kajian mengenainya diadakan supaya pelajar SRITI mempelajari subjek pertanian dalam program Tunas Tani al Falah bagi memberi pendedahan sejak usia tujuh tahun,” katanya selepas merasmikan Program Tunas Tani al Falah bersama pelajar SRITI seluruh Kelantan di Min House Camp di Kampung Pulau Kubang Kerian hari ini.

Turut hadir Pengurus Besar Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd, Wan Subki Wan Omar; Pengerusi SRITI Kelantan, Ustaz Wan Abu Bakar Wan Mahussin dan Pengurus Min House Camp, Wan Noriah Wan Ramli. – HARAKAHDAILY 14/11/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8720-subjek-pertanian-diperkenal-di-sriti

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pejabat baharu di SUK siap dibina

KOTA BHARU: Biarpun ditadbir di bawah kepimpinan ulama dengan kekangan punca hasil, namun Kelantan sudah banyak berubah wajah. Syarikat swasta diberi peluang berganding bahu dengan agensi kerajaan negeri bagi mewujudkan bandar- bandar baru dan pusat perdagangan. Begitu juga pusat pentadbiran kerajaan negeri di Kota Darulnaim turut berubah wajah baharu. Bangunan […]

Subscribe US Now