Sudah 27 tahun tiada premis judi di Kelantan

webmaster

PADA 8 Disember 1990 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) melarang mengeluarkan lesen premis kepada semua jenis perjudian.

Memo itu antara lain menyebut, “Majlis Mesyuarat menimbang kertas Bilangan 25/761/90 dan membuat keputusan tidak bersetuju dengan cadangan Kementerian Kewangan Malaysia untuk memperbaharui lesen Sports Toto (M) Berhad dan Magnum Corporation Berhad yang sedang beroperasi di Kelantan”.

“Seterusnya Majlis Mesyuarat juga memutuskan menegah semua Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah di seluruh Kelantan daripada mengeluarkan lesen premis bagi semua jenis perjudian”.

Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manausia (LUHAM) PAS Kelantan, Nik Bahrum Nik Abdullah berkata, sekarang sudah 27 tahun arahan tersebut dilaksanakan di Kelantan.

“Alhamdulillah anak-anak muda kami tidak mengenali TOTO melainkan sebagai alas tidur yang dibeli dari Rantau Panjang dan MAGNUM dalam bentuk ais krim,” katanya di Kota Bharu.

Semalam pemimpin Umno di Selangor, Datuk Seri Jamal Yunos memecahkan meja pada sidang media antijudi di Ampang, sebagai simbolik amaran supaya kerajaan Selangor mengarah PBT membatalkan lesen pusat judi. – HARAKAHDAILY 6/9/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pemuda santuni anak muda di kedai kopi

PROGRAM ‘Kecek Kigho Keda Kopi’ anjuran Pemuda PAS Negeri yang diadakan di kampung-kampung mendapat sambutan menggalakkan. Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Ariff Abdullah berkata, walau pun program di peringkat kampung yang diadakan di kedai kopi, namun ia dihadiri lebih 100 penduduk. “Program tersebut merupakan santai dakwah cara baru untuk bersama […]

Subscribe US Now