Sujud Pertama Di MABNA MBI, Kota Darul Naim

15 Januari 2019 –Pagi ini seluruh warga Kota Darul Naim menunaikan solat hajat berjemaah bersama-sama YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan di Mabna MBI, Kota Darul Naim. Nama Mabna MBI (Membangun Bersama Islam) adalah nama yang dicetuskan oleh YAB MB Kelantan bersesuaian dengan dasar kerajaan negeri yang meletakkan Islam sebagai teras pentadbiran dalam kerajaan.

Bangunan yang baru siap dibina setinggi 11 tingkat ini akan menjadi mercu tanda Kota Darul Naim dan akan mula beroperasi sepenuhnya pada 14 Jamadil Awal 1440H bersamaan 20 Januari 2019M.

Solat hajat ini sebagai pembuka tirai dan merupakan sujud pertama seluruh jemaah warga Kota Darul naim dalam merasmikan penghijrahan ke bangunan baru ini.

Semoga tahun 2019 ini akan memberi anjakan dan momentum baru dalam mendokong tema PENGURUSAN IHTIRAFI TUNJANG KESEJAHTERAAN yang mana ia mempunyai lima ciri utama :

(a) Hawariyyun : pendukung kepada perjuangan yang suci

(b) Kafa’ah : akhlak islami dan integriti sebagai asas kepada pengurusan ihtirafi

(c) Wafa’ bil ‘uqud : keinginan untuk mencapai piawaian yang terbaik

(d) Himmatul ‘amal : mengejar peningkatan kualiti dan cita-cita dalam profesion

(e) Hafazah : memelihara dan meningkatkan imej profesion

Semoga seluruh warga kerja akan menyemat ke dalam minda semua prinsip yang dicanangkan dalam tema 2019 tersebut.

Sila klik link di bawah untuk melihat gambar-gambar majlis 👇🏻👇🏻👇🏻

https://www.facebook.com/DatoAhmadYakob/posts/953253684864749

===================
Ikuti info semasa Ustaz Dato’ Bentara Kanan MB Kelantan menerusi link di bawah

https://www.facebook.com/DatoAhmadYakob

https://www.twitter.com/DatoAhmadYakob

https://www.instagram.com/DatoAhmadYakob

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment