SUK hanya laksanakan titah istana

webmaster

KOTA BHARU – Larangan terhadap Husam Musan dan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah daripada memasuki semua jabatan di bawah pentadbiran Kerajaan Kelantan adalah titah istana.

Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Nazran Muhammad berkata, beliau bagaimanapun tidak mengetahui alasan larangan itu dikenakan terhadap kedua-dua pemimpin berkenaan.

“Sebab (mereka) dihalang, saya tidak tahu. Pihak istana tidak nyatakan sebab dan saya hanya bertindak ikut arahan.

“Setakat ini sememangnya dua individu ini dimasukkan ke dalam senarai tambah tidak dibenarkan masuk,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi tadi.

Beliau turut mengesahkan kesahihan surat yang ditandatangani dan dikeluarkan pada 27 Mei 2018 itu.

“Setakat ini sudah ramai yang dikenakan larangan sama, namun saya perlu semak jumlahnya,” katanya.

Husan juga Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan dan Wan Abdul Rahim pula Pengerusi Amanah Kelantan dihalang daripada memasuki semua jabatan di bawah pentadbiran kerajaan negeri Kelantan.

Mereka juga dihalang daripada menjejakkan kaki ke semua istana di negeri itu.

-sinar harian

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Syarikat air Kelantan saman Husam Musa

KOTA BHARU: Syarikat bekalan air Kelantan, Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) mengesahkan telah menghantar notis saman terhadap Husam Musa berhubung kenyataan dan dakwaan Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) ke atas syarikat berkenaan. Tindakan saman terhadap Husam dibuat selepas beliau didakwa membuat kenyataan bahawa syraikat berkenaan menyeleweng berhubung projek bekalan […]

Subscribe US Now