Sukan dart patuh syariah di Kelantan

webmaster

KOTA BHARU: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) akan menganjur Kejohanan Sukan Dart patuh syariah Sabtu ini sebagai menyahut seruan kerajaan negeri.

Kelab Sukan dan Kebajikan PKINK menyerah sumbangan sebanyak RM500 kepada Abdul Aziz Yunus.Ketua Pegawai Eksekutif PKINK Abdul Aziz Yunus berkata, budaya sukan patuh syariah diharap dapat memupuk nilai positif daripada kejohanan itu.

Katanya, kejohanan berkenaan akan turut disertai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bersama 30 kelab lain dari seluruh Malaysia.

“Kejohanan yang menawarkan hadiah secara keseluruhan bernilai RM10,000 itu disertai 100 regu yang bakal berentap merebut Piala Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan,” katanya pada sidang media semalam.

Juara pertandingan akan membawa pulang wang tunai RM2,500 bersama piala, naib juara RM1,000 bersama medal, di samping tempat ketiga dan keempat mendapat RM500 dan medal.

Abdul Aziz juga berkata, sempena program berkenaan KTC Convention & Apartment Sdn. Bhd menawarkan makanan dan minuman harga istimewa pada 30 Mac ini.

Antara menu agak unik iaitu masakan ikan puyu yang merupakan sebahagian makanan eksotik di Kelantan.

“Kita bersetuju memberi harga istimewa makanan dan minuman, yang agak unik di KTC pada Sabtu ini,” katanya.

Cabutan bertuah berbentuk hamper juga akan diadakan sepanjang kejohanan tersebut berlangsung di KTC, di mana pengunjung boleh masuk secara percuma.

Turut hadir pada sidang media itu Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKINK Nik Kamil Amirah Nik Abdul Rahman dan Pengurus Kejohanan Sukan Dart Piala Ketua Pegawai Eksekutif, Phakhruddin Abdullah. – HARAKAHDAILY 27/5/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10385-sukan-dart-patuh-syariah-di-kelantan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Terpulang SPRM panggil lagi pemimpin PAS

KOTA BHARU: PAS meletak keyakinan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes bayaran RM1.4 juta kepada Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown. Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum ini pernah menafikan terlibat dengan dakwaan tersebut. “Siasatan kes itu masih berjalan. Jadi […]

Subscribe US Now