Sukma: Kelantan belum pernah jadi tuan rumah

webmaster

KOTA BHARU: Kelantan satu-satunya negeri di negara ini yang belum pernah menjadi tuan rumah penganjuran temasya Sukan Malaysia (Sukma) sejak ia diperkenalkan pada 1986.

Bagaimanapun Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentera Kanan Ahmad Yakob tidak menolak untuk Kelantan menjadi tuan rumah pada masa hadapan.

Kata beliau sekiranya ada cadangan, negeri itu bersedia menjadi tuan rumah pada kejohanan sukan dwitahunan tersebut.

“Setakat ini belum lagi menjadi tuan rumah, antara faktornya kita tidak mempunyai kemudahan sukan yang lengkap.

“InsyaAllah pada masa hadapan kita boleh fikirkan sekiranya Kelantan dicalonkan menjadi tuan rumah Sukma dengan mendapat kerjasama kerajaan pusat,” ujarnya selepas majlis Penyampaian Watikah Jemputan Rasmi bagi menyertai Sukma XIX Perak di JKR 10 semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat; Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim dan Setiausaha Kerajaan Perak, Dato’ Mohd Gazali Jalal.

Turut hadir Pengarah PTG Kelantan yang juga ketua kontinjen Kelantan pada kejohanan itu, Dato’ Zamri Ismail. – HARAKAHDAILY 27/8/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/7911-sukma-kelantan-belum-pernah-jadi-tuan-rumah

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Orang Asli lega sekatan laluan diroboh

GUA MUSANG: Tindakan pihak berkuasa meroboh sekatan laluan pembalakan di Cawas, Kuala Wok dan Kaleg melegakan masyarakat Orang Asli. Malah mereka sudah bosan dengan tindak tanduk segelintir masyarakat Orang Asli yang didalangi pihak tertentu sehingga menyusahkan banyak pihak. Penyelia Dun Galas, Ustaz Suhaimi Mat Deris berkata, tindakan segelintir kumpulan Orang Asli […]

Subscribe US Now