SUKMA XIX Perak 2018 : Isu berkenaan dengan Kelantan

1. Heboh diperkatakan di media sosial berkenaan atlet Kelantan sempena SUKMA XIX Perak 2018 mengenai pencapaian keseluruhan yang merosot dan pemakaian yang tidak menutup aurat.

2. Untuk makluman umum, pengurusan atlet bagi SUKMA adalah di bawah Majlis Sukan Negeri Kelantan. Sejak tahun 1990 sehingga 2018, MSN Kelantan bukan terletak di bawah pentadbiran kerajaan negeri. Sebelum ini Exco Sukan kerajaan negeri Kelantan ingin berjumpa dangan atlet pun tidak dibenarkan.

3. PRU 14 yang lalu, berlakunya perubahan kerajaan di peringkat pusat. Pertama kalinya, YB Menteri telah memanggil Exco-exco sukan negeri termasuk negeri pembangkang dalam Mesyuarat Penyelarasan Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Bil. 1 2018 pada 7 Ogos 2018 di Bilik Persidangan Aras 4, Menara KBS, Putrajaya jam 9 pagi.

4. YB Menteri mencadangkan Pengerusi MSN diselaraskan di semua negeri, sebagaimana akta MSN 1971 “bahawa YB Menteri hendaklah melantik Pengerusi MSN dengan berunding dengan Menteri Besar.”

5. Kelantan satu-satunya Majlis Sukan Negeri yang mana Pengerusinya dilantik tidak berunding dengan Menteri Besar dan Pengarahnya dilantik dari kalangan lantikan politik selama 27 tahun sehinggalah berlakunya perubahan tapuk kepimpinan Negara baru-baru ini. YB Menteri Belia Dan Sukan yang baru berhasrat MSN ditadbir mengikut akta MSN 1971.

6. Atas hasrat YB Menteri ini, kerajaan negeri Kelantan masih menunggu surat perlantikan Pengerusi MSN Kelantan untuk dipersetujui oleh YAB Menteri Besar. Untuk tempoh ini MSN masih lagi ditadbir oleh Majlis Sukan Negara dengan segala perbelanjaan berkenaan pembayaran gaji kakitangan, pengurusan SUKMA XIX Perak 2018 dan sebagainya.

7. Bab kata pepatah ibubapa kedua-dua belah pihak sudah bersetuju dan sudah dibuat majlis pertunangan cuma menunggu proses akad nikah yang dijangkakan akan berlaku pada 2019 nanti.

8. Kerajaan negeri sedang melakukan kajian terperinci bagi persiapan untuk mengurus MSN Kelantan pada 2019 nanti. Oleh yang demikian hasrat netizen mahukan kerajaan mengambil berat pembangunan sukan dan pemakaian mematuhi syariat akan diambil berat selepas pengambil alihan kuasa nanti.

9. Insya Allah pihak kerajaan akan menguruskan gerak kerja dan perancangan bagi membangunkan sukan dapat dibangunkan dengan sebaiknya serta pemakaian yang mematuhi syariat.

10. Diharapkan kepada semua supaya bersabar dengan proses peralihan kuasa ini. Semoga ianya mendatangkan kebaikan kepada bidang Sukan di Negeri Kelantan khususnya.

YB USTAZ WAN ROSLAN BIN WAN HAMAT
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO
(ADUN Pengkalan Kubor)

https://www.facebook.com/ustazwanlan/posts/1898656680251179

(Visited 38 times, 11 visits today)

Add Comment