Sultan Kelantan mahu kerajaan negeri berjimat

RajaKOTA BHARU – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menyarankan kerajaan negeri supaya lebih berjimat cermat dalam perbelanjaan ketika negara menghadapi kelesuan ekonomi global.

Baginda bertitah sebagai persediaan menghadapi fasa kemelesetan kerajaan negeri perlu mengambil langkah proaktif.

“Dalam keadaan ini langkah penjimatan dalam operasi dan perbelanjaan berdasarkan keutamaan yang diamalkan oleh kerajaan negeri wajar diteruskan.

“Program berbentuk ceremonial mesti dielakkan, sebaliknya program yang memberi impak langsung kepada rakyat perlu menjadi keutamaan,” titahnya.

Antara lain, harapan baginda yang mementingkan keharmonian rakyat jelata itu dizahirkan menerusi titahnya sempena Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Negeri Kelantan Ke 13 Tahun 2016 di Kompleks Kota Darul Naim sebentar tadi.

Turut dihadiri Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra.

Dalam titah selama 12 minit itu juga, baginda turut meminta agar Kerajaan Persekutuan dapat membuat pelebaran Jalan Raya Timur – Barat yang menghubungkan Kelantan dan Perak bagi mengatasi kemalangan maut yang sering berlaku.[SINAR HARIAN]

(Visited 26 times, 4 visits today)

Add Comment