Sultan Kelantan perkenan potong emolumen diraja

webmaster

KOTA BHARU: Sultan Muhammad V turut berkenan mengembalikan emolumen diraja kepada perbendaharaan negeri selama enam bulan bermula April ini.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Nik Shafirman Nik Hassan berkata, langkah itu sebagai usaha bagi meringankan bebanan rakyat.

“Baginda berharap emolumen diraja yang dikembalikan itu dapat membantu meringankan beban rakyat yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang.

“Baginda turut mengingatkan seluruh rakyat supaya bekerjasama membantu barisan hadapan negara dengan mematuhi PKP.

“Ia sebagai langkah dalam usaha memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda Negara sekarang,” katanya pada satu kenyataan media di sini hari ini.

Langkah yang diambil Sultan Kelantan selari dengan pendekatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong mengembalikan semula bayaran tersebut mulai Mac hingga Ogos depan.

Sultan Muhammad V turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia dan barisan hadapan negara kerana memberikan khidmat terbaik kepada negara.- HARAKAHDAILY 7/4/2020

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2020/04/07/covid-19-sultan-kelantan-perkenan-potong-emolumen-diraja-6-bulan/

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

NGO bantu ahli terjejas PKP

KOTA BHARU: NGO Minda Evolusi Rempit Anak Muda Kelantan (MERAK) turut mengembleng usaha bagi membantu 50 ahlinya yang kini terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pengerusinya Mohd Azaizuree Ahmad berkata, sumbangan itu bagi meringankan bebanan ahlinya yang tidak dapat bekerja sekarang. Katanya sumbangan itu diagihkan kepada mereka yang tidak tersenarai […]

Subscribe US Now