Sultan Kelantan rasmi persidangan Dun

KOTA BHARU: Pembukaan persidangan penggal kedua sidang Dun Kelantan ke-14 hari ini disempurnakan Sultan Muhammad V di Kompleks Kota Darulnaim.

Ketibaan baginda kira-kira jam 11.15 pagi disambut Speaker Dun Kelantan Dato’ Abdullah Yakub dan timbalannya Dato’ Abdul Fattah Mahmood.

Turut sama menyambut keberangkatan baginda Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob, timbalannya Dato’ Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Nazran Muhamad dan anggota-anggota Exco.

Turut berangkat pada majlis berkenaan Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra. – HARAKAHDAILY 18/3/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10260-sultan-kelantan-rasmi-persidangan-dun

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment