Sultan Kelantan rasmi persidangan Dun

webmaster

KOTA BHARU: Pembukaan persidangan penggal kedua sidang Dun Kelantan ke-14 hari ini disempurnakan Sultan Muhammad V di Kompleks Kota Darulnaim.

Ketibaan baginda kira-kira jam 11.15 pagi disambut Speaker Dun Kelantan Dato’ Abdullah Yakub dan timbalannya Dato’ Abdul Fattah Mahmood.

Turut sama menyambut keberangkatan baginda Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob, timbalannya Dato’ Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Nazran Muhamad dan anggota-anggota Exco.

Turut berangkat pada majlis berkenaan Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra. – HARAKAHDAILY 18/3/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10260-sultan-kelantan-rasmi-persidangan-dun

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Wanita Kelantan Disaran Memakai Hijab Putih Jumaat Ini

KOTA BHARU – Hari Jumaat (22 Mac 2019) seluruh wanita di Negeri Kelantan sama ada Islam atau bukan Islam disarankan memakai hijab warna putih sebagai satu inisiatif untuk menunjukkan tanda solidariti kepada masyarakat Islam di New Zealand ekoran insiden tembakan rambang yang baru berlaku di dua masjid di Christchurch. Pengerusi […]

Subscribe US Now