SULTAN MUHAMMAD V KURNIA RM 300 RIBU UNTUK PALESTIN

oleh Nik Azman Nik Mustafa

KOTA BHARU, 17 Mei: Menteri Besar, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob menjunjung kasih kepada KDYMM Tuanku Sultan Muhammad V yang telah mengampuni perkenan mengurniakan sumbangan sebanyak RM 300 ribu kepada Tabung Amanah Kebajikan Darulnaim (Tabung Serambi Mekah) sebagai solidariti kepada rakyat Palestin yang menderita akibat tindakan tidak berperikemanusiaan tentera Zionis Israel.

Sumbangan diserahkan oleh Pengelola Istana D’Raja Kelantan, YM Dato’ Haji Tengku Azmi Tengku Jaafar yang disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serata, YB Dato’ Panglima Perang, Haji Mohd Nassuruddin Daud dan Setiausaha Sulit kepada KDYMM Tuanku Sultan Muhammad V, YB Dato’ Perwira Raja, Nik Mohd Shafriman Nik Hassan.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment