KOTA BHARU– YAB Ustaz Dato Hj Ahmad bin Yakob (Dato’ Bentara Kanan) MB Kelantan meraikan penyumbang tabung Madinah Ramadhan bagi tahun 1440H dikalangan agensi, badan korporat dan usahawan yang berlangsung di Hotel Grand River View.
Program Madinah Ramadhan ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) semenjak 1993 hingga kini di dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-Iv, Kota Bharu.
Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan bukan sahaja dikalangan penduduk kota bharu, malah juga dari masyarakat seluruh tanahair serta para pelancong dari dalam dan luar negara.
Kehadiran pengunjung ke Madinah Ramadhan adalah purata seramai 3000 orang setiap hari. Program Madinah Ramadhan Kota Bharu telah mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila berjaya mendapat anugerah “Produk Pelancongan Terbaik Asia Pasifik 2013” dalam perhimpunan agung Tourism Promotion Organization For Asia Pacific Cities (Tpo) dan Tpo Daejeon International Travel Fair Di Korea Selatan.
Sekitar 110 pihak yang menyumbang pada malam itu termasuk agensi kerajaan, badan korporat dan usahawan. Antaranya pihak agensi kerajaan ialah MAIK, YAKIN, PKINK, PMBK.
Manakala pihak bank antaranya Bank Muamalat, Maybank, Affin Islamic Bank, Bank Islam. Seterusnya syarikat yang menyumbang ialah Vista Summerose, Goldland Capital Sdn Bhd, Ikrar Bumi, AEON dan banyak lagi. Kutipan yang terkumpul pada malam itu adalah sekitar RM1.6 Juta.- FB DATO’ AHMAD YAKOB 30/4/2019
Bagi yang berminat untuk menyumbang, boleh menyalurkan sumbangan anda terus ke :
Bank Muamalat
Tabung Ihya Ramadhan
0301-000-5757-713
Sumber: https://www.facebook.com/DatoAhmadYakob/posts/1011957055661078