SURAH AR-RAHMAN BERGEMA DI KELANTAN

oleh Nurhusna Farisha Roslan
*pelajar praktikal KIAS

KOTA BHARU– Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan (PRNNK) mempelawa muslimin-muslimat di Kelantan untuk turut mengimarahkan program World Quran Hour bersama umat Islam seluruh dunia.

Kempen ini berlangsung serentak di seluruh dunia pada hari ini, 13 Mei bersamaan dengan 20 Ramadan 1441H.

Acara interaksi dengan Al-Quran yang bermula pukul 12 tengah hari hingga 1 petang dengan alunan surah Surah Ar-Rahman bakal bergema memenuhi gawang angkasa bumi Kelantan.

Menurut Pengerusi Biro Latihan PRNNK, Dr Sharifah Mastura Syed Mohamad, semalam kita menyerahkan Al-Quran wakaf kepada pusat rawatan sekitar Kota Bharu iaitu KPJ Kota Bharu dan Kota Bharu Medical Centre (KBMC), Pusat Rawatan Komuniti Pengkalan Chepa dan Pusat Kuarantin COVID-19 Tunjong di samping mengajak lebih ramai masyarakat mengimarahkan World Quran Hour pada tahun ini.

“Pertama kali program ini dilaksanakan mengikut kaedah tersendiri berpandukan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19), tetapi tetap membawa pengisian bermanfaat”, ujarnya.

Orang ramai dipelawa menjayakan kempen ini dengan mengikuti siaran langsung di TV Alhijrah, RTM, Bernama TV dan Astro Oasis.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment