Suspek pecah masuk pejabat Menteri Besar dikenal pasti

Kota Bharu: Polis sudah mengenal pasti seorang lelaki yang disyaki memecah masuk pejabat Menteri Besar Kelantan dalam kejadian di sini, pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu Superintendan Setapa Yusoff berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) suspek berusia 39 tahun melakukan kegiatan itu bersendirian antara 2 hingga 3 pagi.

Menurutnya, siasatan juga mendapati suspek mempunyai 13 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Gerakan mengesan suspek giat dilakukan dan tangkapan akan dilakukan pada bila-bila masa,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, di Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Harian Metro semalam melaporkan, pejabat Menteri Besar di Kompleks Kota Darulnaim, di sini, dipecah masuk menyebabkan sejumlah wang dan dua cincin zamrud hilang.

Kejadian itu disedari Setiausaha Sulitnya, Ahmad Syazwan Muhammad Hassan, 28, ketika masuk untuk memulakan kerja pada 7.50 pagi, semalam.

-hmetro.com

Rakaman cctv

(Visited 12 times, 1 visits today)

Add Comment