Mesyuarat Pengurusan Yayasan Islam Kelantan bilangan 19/2016 yang bersidang pada 22 November 2016 bersetuju mencadangkan syarat minima menduduki ujian kemasukan ke tingkatan satu berdasarkan analisa dan statistik pencapaian keputusan UPSR daripada jabatan Pendidikan Negeri adalah sebagaimana berikut:
1) Maahad Sains Tok Guru
– 3A tanpa D dan E, atau minima 3A 3C
2) Maahad-Maahad Kawalan
– 2A tanpa D dan E, atau minima 2A 4C
3) Maahad Tahfiz Sastera SMU(A) Al-Kauthar Peringat dan SMU(A) Tarbiah Diniah Tahfiz Bunut Sarang Burung.
– 1A tanpa D, atau minima 1A 5C
4) Maahad-Maahad Pilihan.
– 1A tanpa E atau minima 1A 5D
Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan adalah seperti berikut:
1. MAAHAD MUHAMMADI (Lelaki)
2. MAAHAD MUHAMMADI (Perempuan)
3. MAAHAD TAHFIZ SAINS NURUL AMAN, KOK LANAS (Lelaki)
4. MAAHAD TAHFIZ SAINS TANAH MERAH (Perempuan)
5. MAAHAD TAHFIZ SAINS BUSTANUL ARIFIN, TUMPAT (Lelaki)
6. MAAHAD TAHFIZ SAINS AL MUHAMMADI, NIPAH (Lelaki)
7. MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT, PULAI CHONDONG (Lelaki)
8. MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN ASRIAH, BANGGOL CHICHA (Lelaki)
Disertakan pautan borang permohonan ke Maaad-Maahad Kawalan dan Maahad Sains Tok Guru untuk didownload:
http://www.yik.edu.my/…/borang-permohonan-kemasukan-tg1-maa…
– Syarat untuk menghantar borang permohonan ini iaitu borang permohonan perlu dihantar bersama Wang Pos RM5.00 atas nama Pengarah Yayasan Islam Kelantan ke Maahad Kawalan yang dipohon dan salinan Keputusan UPSR yang telah disahkan.
– Permohonan yang tidak disertakan Wang Pos tidak akan diproses.
– Permohonan dibuka 3 Oktober 2016 sehingga Dua Minggu selepas keputusan UPSR diumumkan.
Sumber FB Yayasan Islam Kelantan dan FB YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan