Syor kebajikan khas untuk petugas kuarantin

webmaster

 

KEBIMBANGAN terhadap virus Corona (2019-nCoV) yang dilaporkan semakin merebak memerlukan langkah kewaspadaan bersepadu semua pihak bagi menanganinya. Dalam situasi seperti ini, Islam mengajar kita untuk mencegah, menghindar dan mengawalnya sebagaimana pernah dipesan Rasulullah S.A.W:

“Apabila kalian mendengar wabak taun di suatu tempat, janganlah kalian pergi ke situ dan sekiranya ia merebak di kawasan kalian, janganlah keluar melarikan diri.” (HR Bukhari & Muslim)

Salah satu langkah atau prosedur standard akan dilakukan dalam kes seperti ini adalah menerusi kuarantin. Namun, disamping menjadi usaha perawatan ke atas mereka yang dijangkiti atau disyaki atau tanda (simptom) dihadapi, penting juga perhatian diberikan terhadap para Pegawai Perubatan, jururawat atau mana-mana anggota petugas berkaitan.

Kami berharap, kerajaan atau pihak majikan dapat memastikan para petugas yang terlibat dengan kuarantin tersebut berada dalam jaminan menerusi tatacara kerja yang selamat. Selain itu kami juga syorkan agar elaun khas serta kemudahan sewajarnya diperuntukkan pihak kerajaan atau majikan atas komitmen mereka terhadap tugas kritikal sedang dilaksanakan tersebut.

Kerana pada situasi ini, petugas kuarantin adalah benteng terakhir negara dan rakyat yang selari tuntutan tanggungjawab dilaksanakan itu sebagaimana Hadis di atas. Ketika sama, atas pengorbanan sedang mereka lakukan, kami juga mencadangkan supaya perhatian bersifat kebajikan turut diberikan kepada pihak keluarga anggota petugas kuarantin terlibat.

Kerana tentunya bagi mereka yang berkeluarga, terpaksa meninggalkan sementara anak-anak, isteri, suami atau ibu ayah. Tempoh ini memerlukan orang tersayang yang terpaksa mereka berjauhan seketika itu dipastikan berada dalam keadaan terjaga hal ehwal urusan rutinnya. Ketika sama, anggota bertugas dapat memberi tumpuan terbaik dalam melaksanakan perintah kuarantin.

Kami juga menyeru urusan atau majlis atau rutin kerja di semua sektor dan keramaian ditangguhkan atau dihindari seketika sebagai satu bentuk pencegahan bersama. Kerana Islam turut mengajar kita bahawa menghindari mudharat lebih utama daripada mencapai manfaat. Inilah satu bentuk solidariti kita dalam memastikan bencana ini dapat dikawal dari terus merebak.

Kami menyeru agar seluruh rakyat mematuhi arahan pihak berkuasa dan melaksanakan pencegahan menerusi amalan asas kebersihan seperti telah disarankan. Selain itu mengakui bahawa semua ini datangnya daripada Allah dan marilah bersujud memohon keampunan-Nya kerana setiap bencana yang membawa kematian puncanya adalah daripada dosa dilakukan kita sendiri.

“Islam Memimpin Perpaduan”

YB DATO’ HAJJAH SITI ZAILAH MOHD YUSOFF
Pengerusi
Lajnah Pekerja dan Kepenggunaan PAS Pusat
Ahli Parlimen Rantau Panjang – HARAKAHDAILY 31/1/2020

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2020/01/31/syor-kebajikan-khas-untuk-petugas-kuarantin/

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Seni tempur muay antara tarikan TMK2020

KETEREH: Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato’ Takiyuddin Hassan telah merasmikan KMC Fight yang berlangsung dengan disaksikan lebih 3,000 peminat sukan aksi ini di Dewan YLL Peringat, Melor, di sini malam tadi. Naib Presiden Persatuan Sukan Boksing Negeri Kelantan, Mohd Ali Akbar Yusoff memaklumkan, pertandingan berprestij tinggi ini adalah antara acara […]

Subscribe US Now