Kerajaan Negeri Kelantan telah melancarkan kutipan derma sempena sambutan ulang tahun ke-27 Akaun Amanah Kebajikan Darul Naim atau lebih dikenali dengan nama Tabung Serambi Mekah.
Pelancaran ini merupakan langkah utama bagi menarik para penderma menyumbang dari segi kewangan untuk disalurkan ke Akaun Amanah Kebajikan Darul Naim.
Ahmad Yakob ketika merasmikan program ini berkata, Tabung Serambi Mekah dilancarkan bagi menyalurkan bantuan segera kepada rakyat yang memerlukan terutamanya mereka yang ditimpa musibah seperti kebakaran, banjir dan sebagainya.
Sebelum itu, perkhidmatan aplikasi JomPay turut diperkenalkan bagi memudahkan para penderma menderma ke Tabung Serambi Mekah menerusi online.
Kredit: RTV Kelantan