Tabung IKS bantu usahawan wanita

webmaster

MENGAMBIL kira minat ramai golongan wanita di negeri ini dalam bidang perniagaan, kerajaan negeri mewujudkan Tabung Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Usahawan Wanita.

IKS Usahawan Wanita diwujudkan di bawah Jawatankuasa Pembangunan Wanita di mana diperuntukannya diagih kepada setiap Dun.

Adun Kijang, Wan Ubaidah Omar berkata, skim bantuan tersebut diwujudkan bagi membantu wanita yang berminat dalam bidang perniagaan.

Katanya, di Dun Kijang seramai 13 pengusaha IKS diberi bantuan peralatan usahawan tahun ini bagi meningkatkan kerjaya mereka.

“Tabung itu diwujudkan sejak tahun lalu bagi membantu usahawan kecil di kampung-kampung memperkembang lagi perniagaan mereka,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan di pejabat Dun Kijang hari ini. – HARAKAHDAILY 23/8/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

MB Ketuai Lafaz Ikrar Bebas Rasuah

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan mengetuai bacaan ikrar bebas rasuah kepimpinan negeri sambil disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM yang diadakan di Bilik Gerakan, Kompleks Kota Darulnaim, 16 Ogos lepas. Menteri Besar Kelantan dan seluruh Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri turut menurunkan tandatangan diatas poster GERAH SPRM bagi […]

Subscribe US Now