Tafakkur dan Tafaqquh Juz 11

webmaster

ALLAH S.W.T telah mencipta langit dan bumi serta matahari dan bulan untuk melancarkan kehidupan makhluk-Nya. Seluruh ciptaan Allah mengandungi pelbagai rahsia dan pedoman kehidupan. Tafakkurlah Firman Allah S.W.T berikut:

هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ ۚ مَا خَلَقَ اللَّهُ ذَٰلِكَ إِلَّا بِالْحَقِّ ۚ يُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

“Dia-lah yang menjadikan matahari terang-benderang dan bulan bercahaya dan Dia-lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu berpindah-randah pada tempat-tempat peredarannya masing-masing supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui.”

[Yunus: 5]

Kejadian matahari dan bulan adalah suatu ciptaan yang sangat menakjubkan. Matahari adalah cakerawala yang sangat penting kepada seluruh kehidupan di bumi. Termasuklah tumbuh-tumbuhan memerlukan tenaga yang terdapat pada matahari untuk membuat makanan semasa Proses Fotosintesis.

Matahari terdiri daripada gas yang amat panas. Matahari dikelilingi oleh planet lain seperti Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, dan Neptun. Ahli Astronomi mengatakan bahawa matahari bergerak di dalam satu perjalanan di Galaksi Bima Sakti.

Pergerakan matahari turut diikuti oleh planet-planet lain di dalam Sistem Solar, termasuk planet bumi, berdasarkan kepada graviti dan tenaga yang terhasil. Mereka semua tunduk pada perintah Allah, bergerak mengikut orbit tersendiri, tidak pernah ingkar apatah lagi berlanggar dengan planet lain.

Manakala semasa bulan berputar mengelilingi bumi, matahari memancarkan cahayanya ke beberapa bahagian permukaannya. Dengan ini, terjadilah bulan sabit, bulan purnama dan bulan separuh.

Pusingan peringkat peredaran bulan akan menentukan perjalanan waktu, hari, minggu, bulan, dan tahun. Ia juga menentukan cuaca dan iklim sesuatu tempat. Dengan sebab putaran bulan ini juga, berlakunya air pasang surut.

Begitu banyak sekali kegunaan dan faedah sinar matahari dan cahaya bulan itu bagi makhluk Allah secara umumnya dan bagi manusia secara khusus. Semuanya itu sebenarnya dapat dijadikan dalil tentang wujudnya Allah yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.

Allah menerangkan bahawa Dia telah menetapkan manzilah-manzilah(tempat-tempat perjalanan) bagi perjalanan matahari dan bulan. Pada setiap malam, bulan melalui satu manzilah. Sejak daripada manzilahpertama hingga manzilah terakhir memerlukan waktu antara 29 atau 30 malam atau disebut satu bulan.

Dengan demikian, manusia dengan mudah dapat mengetahui bilangan tahun, waktu hari sehingga kita dapat menetapkan waktu solat, puasa, waktu menunaikan ibadah haji dan sebagainya.

Renunglah ayat-ayat Allah yang sarat dengan pelbagai hikmah.

USTAZ DATO’ BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
11 Ramadan 1439H

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Jangan anak tirikan Kelantan

KUALA KRAI – Ahli Parlimen Kuala Krai berharap Kelantan tidak akan dianaktirikan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (Harapan) seperti mana berada di bawah pentadbiran terdahulu. Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, rakyat Kelantan termasuk Kuala Krai sendiri memerlukan perhatian kerajaan untuk menyediakan pelbagai kemudahan kepada orang ramai. “Tahniah kepada Harapan yang […]

Subscribe US Now