Tafakkur dan Tafaqquh Juz 18

webmaster

APABILA kita meneliti kandungan ayat suci al-Quran, telah dinyatakan bahawa seluruh makhluk yang terdapat di muka bumi khususnya haiwan dengan kepelbagaian jenis adalah dijadikan untuk membantu manusia menjalankan aktiviti dalam kehidupan harian. Firman Allah S.W.T:

وَاللَّهُ خَلَقَ كُلَّ دَابَّةٍ مِنْ مَاءٍ ۖ فَمِنْهُمْ مَنْ يَمْشِي عَلَىٰ بَطْنِهِ وَمِنْهُمْ مَنْ يَمْشِي عَلَىٰ رِجْلَيْنِ وَمِنْهُمْ مَنْ يَمْشِي عَلَىٰ أَرْبَعٍ ۚ يَخْلُقُ اللَّهُ مَا يَشَاءُ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu daripada air, maka sebahagian di antaranya menjalar atas perut, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah mencipta apa sahaja yang Dia kehendaki, kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

[al-Nur: 45]

Sesungguhnya keunikan ciptaan haiwan didapati mempunyai fungsi dan kelebihan tersendiri yang dapat memberi ilham kepada manusia untuk mencipta sesuatu berasaskan sifat-sifat istimewa yang dimiliki oleh haiwan tersebut. Daripada sekecil-kecil serangga seperti semut sehingga sebesar-besar gajah, ianya terdapat pelbagai manfaat yang sangat menakjubkan. Keistimewaan ciri-ciri haiwan yang dicipta Allah tidaklah dijadikan dengan sia-sia melainkan dengan tujuan agar manusia mengambil manfaat daripadanya untuk diaplikasikan dalam pelbagai urusan kehidupan mereka.

Semenjak awal penciptaan manusia, Allah telah mendatangkan haiwan sebagai solusi dalam beberapa permasalahan yang menimpa manusia. Ketika berlakunya konflik pertama pembunuhan manusia di atas muka bumi iaitu antara Qabil dan Habil. Allah mendatangkan burung untuk menunjukkan cara mengebumikan orang mati.

Pada zaman kegemilangan Islam, para Saintis Muslim sudah mula menghasilkan ciptaan mereka berilhamkan kelebihan haiwan. Mereka membuat cubaan untuk terbang dengan melihat ciri-ciri yang ada pada burung. Setelah itu muncul pelbagai jenis teknologi seperti teknologi IMOD (interferometric modulation) untuk paparan skrin gajet elektronik yang diinspirasikan melalui ciri-ciri yang ada pada sayap rama-rama.

Pada dasarnya, sangat banyak teknologi untuk kegunaan manusia terhasil melalui penciptaan haiwan. Haiwan yang pelbagai jenis ini mempunyai keunikan dan kelebihan tersendiri. Umpamanya kebijaksanaan burung dapat dilihat melalui kebolehannya yang terbang sejauh 1000 batu dan dapat kembali ke sarang asal tanpa tersesat. Begitu juga dengan kepintaran labah-labah yang membina sistem untuk memelihara telurnya daripada serangan makhluk lain.

Oleh itu, kita sepatutnya memanfaatkan anugerah melalui penciptaan haiwan dengan sebaik-baiknya. Haiwan sebenarnya dapat membantu dalam pertumbuhan ekosistem di muka bumi ini. Manusia, haiwan dan tumbuhan saling memerlukan antara satu sama lain. Baki lagi, manusia hendaklah mengawal akal fikiran mereka agar tidak melampaui batasan syariah.

USTAZ DATO’ BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
18 Ramadan 1439H

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Ribuan solat hajat solidariti Agong

KOTA BHARU: Ribuan rakyat Kelantan malam tadi menyertai solat hajat solidariti untuk Yang di-Pertuan Agong diadakan di Madinah Ramadan, Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV. Solat hajat diadakan selepas solat tarawih diimamkan Senator Muhamad Mustapha. Sebelum itu orang ramai menunaikan solat tarawih di Madinah Ramadan yang dimamkan qari dari Mesir, Sheikh […]

Subscribe US Now