Tafakkur dan Tafaqquh Juz 23

ALLAH S.W.T telah menganugerahkan nikmat penglihatan kepada manusia supaya mereka melihat kebenaran dan turut memperjuangkannya. Jika Allah menghendaki, Dia akan membutakan mata manusia sehingga mereka tidak lagi mampu untuk melihat dan sudah pasti menghadapi kesusahan dalam perjalanan kehidupan. Allah S.W.T berfirman:

وَلَوْ نَشَاءُ لَطَمَسْنَا عَلَىٰ أَعْيُنِهِمْ فَاسْتَبَقُوا الصِّرَاطَ فَأَنَّىٰ يُبْصِرُونَ

“Dan kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji mata kepala mereka menjadi rata, sehingga masing-masing menerpa mencari-cari jalan (yang biasa mereka lalui). Maka setelah itu, bagaimanakah mereka dapat melihatnya?”

[Yaasin: 66]

Deria penglihatan yang dikurniakan Allah adalah deria yang boleh mengesan rangsangan cahaya. Mata adalah organ penglihatan yang penting bagi manusia untuk melihat. Kajian mendapati manusia mempunyai dua mata yang terletak dalam soket tengkorak. Mata manusia berbentuk sfera dan sedikit menonjol serta terdiri daripada tiga lapisan tisu iaitu sklera (lapisan paling luar), koroid (lapisan tengah) dan retina (lapisan paling dalam).

Di bahagian hadapan, mata manusia dilindungi oleh kelopak mata yang boleh tertutup dengan sendirinya. Mata juga dilincirkan oleh air mata yang dihasilkan oleh kelenjar air mata. Kesemua struktur yang ada pada mata ini berfungsi untuk melindungi kandungan mata. Walau bagaimanapun, struktur ini berkembang sepanjang hayat manusia dan akhirnya boleh membentuk katarak yang menyebabkan kabur penglihatan.

Mengikut pakar mata, kehilangan penglihatan boleh berlaku kepada manusia yang dilahirkan normal apabila berlaku kerosakan saraf optik, diabetes retinopati, glaukoma dan kelekangan retina yang bersifat kekal. Sementara kehilangan penglihatan yang disebabkan oleh rabun atau katarak adalah bersifat sementara dan boleh dirawat dengan pembedahan. Allah S.W.T berkuasa untuk jadikan bentuk biji mata menjadi rata tanpa ada lapisan tisu yang menyebabkan mata menjadi buta.

Hal ini telah dijelaskan dalam al-Quran berabad yang lalu supaya manusia bertafakkur akan kebesaran dan keagungan Allah dalam menjadikan makhluk-Nya.

USTAZ DATO’ BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
23 Ramadan 1439H

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
14Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment