Tafakkur dan Tafaqquh Juz 5

webmaster

KITAB al-Quran merupakan mukjizat paling besar bagi Rasulullah S.A.W. Banyak ilmu-ilmu yang sukar untuk difahami pada zaman lampau akhirnya dapat dirungkai secara mendalam pada zaman kini melalui pemahaman kandungan al-Quran.

Allah S.W.T tidak menurunkan al-Quran semata-mata untuk memberi peringatan kepada manusia akan tetapi terdapat pelbagai ilmu dan jawapan bagi segala permasalahan. Sekiranya al-Quran hanya rekaan manusia dan tidak datang daripada Allah, nescaya banyak berlaku percanggahan. Firman Allah S.W.T:

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ ۚ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا

“Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu (datangnya) bukan daripada sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.”

[al-Nisa’: 82]

Tidak ada sebuah kitab pun yang dapat menandingi kitab suci al-Quran, sama ada mengenai ketinggian isinya, kejelasan keterangannya dan kesannya yang amat mendalam terpahat di jiwa. Allah S.W.T telah berjanji untuk memelihara dan melindungi al-Quran sehingga Hari Kiamat. Oleh itu, tiada kuasa dan sesiapa pun dapat merubahnya serta memalsukan ayat-ayatnya.

Terdapat golongan yang ingin mencipta sendiri kandungan ayat seumpama al-Quran seperti Musailamah al-Kazzab dan lain-lain pada zaman lampau. Sekitar tahun 1999, keluar kitab yang dikatakan al-Quran dinamakan al-Furqon al-Haq yang diterbitkan dalam Bahasa Arab yang mempunyai 77 Surah dan 366 halaman disebar di Iraq dan Kuwait. Namun, akhirnya kitab palsu yang dicetak di Amerika ini berjaya dilenyapkan oleh para Ulama Islam dan ditolak oleh seluruh umat Islam.

Sempena Ramadan al-Mubarak ini, al-Quran hendaklah diberi keutamaan serta dijadikan rujukan utama dalam semua aspek kehidupan. Ramadan adalah bulan al-Quran. Sangat memalukan sekiranya umat Islam hanya menjadikan al-Quran sebagai bahan perhiasan dan pendinding dalam kenderaan.

Ittaqillah!

USTAZ DATO’ BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
05 Ramadan 1439H

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

200 ikuti Daurah al Quran setiap hari

KOTA BHARU: Program Daurah al-Quran yang dianjurkan sempena Ramadan di Kelantan disertai kira-kira 200 peserta setiap hari di Madinah Ramadan. Mereka mendaftarkan secara online untuk menyertai program tersebut termasuk dari luar negara. Pengarah Jabatan Pembangunan Islam Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Ustaz Ropein Hassan berkata, rakyat Malaysia yang […]

Subscribe US Now