Tafsir al Quran ikut cita rasa sendiri

webmaster

KOTA BHARU: Umat Islam di akhir zaman agak malang apabila ada manusia membuat penilaian sendiri tentang ayat-ayat al-Quran mengikut cita rasa mereka.

Isteri Imam Besar Masjidil Aqsa, Dr Naela Hashem Hasan Sabri berkata, golongan terbabit bukan hanya menghina al Quran, sebaliknya mengelirukan umat Islam.

“Islam begitu terancam zaman sekarang dengan pelbagai dakyah dan fahaman.

“Kerana itu pendakwah perlu mempertingkatkan ilmu agama untuk mendidik masyarakat supaya sentiasa istiqamah dengan ajaran Islam,” katanya pada kuliah Dhuha Perdana di Masjid Muhammadi ll, Telipot semalam.

Beliau bersama suamainya, Sheikh Dr Ekrima Sa’id Sabri dan rombongan dari Palestin mengadakan siri jelajah 2 ke Kelantan.

Dr Naela Hashem juga berkata, umat Islam disaran mempelajari bahasa Arab bagi memudahkan mereka mendalami al Quran. – HARAKAHDAILY 25/10/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8520-tafsir-al-quran-ikut-cita-rasa-sendiri

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Perbadanan Petroleum urus pendaratan gas

KOTA BHARU: Langkah Kelantan menarik balik saman terhadap Petronas dan kerajaan persekutuan tidak menjejaskan usaha kerajaan negeri untuk menubuh Perbadanan Petroleum Kelantan. Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, sebaliknya agensi tersebut berperanan bagi mendaratkan semula minyak dan gas dari perairan Kelantan. Katanya, kerajaan negeri bersedia berbincang dengan kerajaan […]

Subscribe US Now