Status Rumah Banjir: Terima Kasih MAIK

webmaster

Kota Bharu – Kerajaan Negeri mengucapkan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) kerana sanggup mengambil alih projek rumah kekal mangsa banjir di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang yang sepatutnya disiapkan Kerajaan Persekutuan. Sebanyak 73 buah rumah di Limau Kasturi masih tiada tindakan sebagaimana dibangkitkan ADUN Paloh,  Dato’ Norzula […]

Jabatan Pendakwaan Syariah; Sultan rakam tahniah

webmaster

Kota Bharu – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana menjadikan Kelantan negeri pertama di Malaysia menubuhkan Jabatan Pendakwaan Syariah yang berasingan dari Pentadbiran Mahkamah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan. Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan telah dirasmikan pada 28 Disember […]

Sultan Kelantan mahu kerajaan negeri berjimat

webmaster

KOTA BHARU – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menyarankan kerajaan negeri supaya lebih berjimat cermat dalam perbelanjaan ketika negara menghadapi kelesuan ekonomi global. Baginda bertitah sebagai persediaan menghadapi fasa kemelesetan kerajaan negeri perlu mengambil langkah proaktif. “Dalam keadaan ini langkah penjimatan dalam operasi dan perbelanjaan berdasarkan keutamaan yang diamalkan oleh […]

Tolak Najib: Pas tetap mahu guna PRU

webmaster

KUALA TERENGGANU – Pas sekali lagi mengulangi pendirian untuk menunggu tempoh pilihan raya bagi menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya tetap dengan pendirian itu walaupun pemimpin Pakatan Harapan dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak Najib berundur melalui […]

Maik peruntuk RM280,500 bantu mangsa ombak besar

webmaster

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) memperuntukkan RM280,500 bagi membantu 17 mangsa bencana ombak besar Laut China Selatan di Kampung Pulau Kundur di sini, Januari lalu. Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM266,000 diperuntukkan untuk […]

Harap Dr Vida pertimbang semula bina hotel

webmaster

KOTA BHARU – Kerajaan negeri berharap Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Dr Hazmiza Othman atau Datuk Seri Vida menimbang semula cadangan untuk membina hotel di kawasan pembangunan stadium  di Bukit Merbau, dekat sini. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood […]

‘Alhamdulillah ALLAH tolong saya’

webmaster

MACHANG – Menyifatkan kejayaannya mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diduduki pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 di luar jangkaan, Ain Syafiqa Abdul Khalid percaya itu adalah hasil doa dan sokongan kedua ibu bapanya. Pelajar terbaik sekolah harian biasa dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pangkal Meleret itu berkata, sekalipun […]

SPM 2015: 45 pelajar Yik dapat semua A

webmaster

KOTA BHARU: Pelajar-pelajar Yayasan Islam Kelantan (Yik) terus mengungguli pencapaian dalam peperiksaan SPM 2015 apabila seramai 45 pelajar memperolehi semua A dalam mata pelajaran diambil. Pelajar terbabit empat dari Maahad Muhammadi Perempuan mendapat 11A (9A+) iaitu Aeisyah Humai’ra Mohd Zaidi, Liyana Izzati Hanazi, Noor Fatihah Ab Rahman dan Uswan Hasanah […]

Fahmi johan Tilawah al-Quran Peringkat Kelantan

webmaster

TANAH MERAH – Qari dari Machang, Abdullah Fahmi Che Nor dan qariah dari Jeli, Wan Sofea Aini Wan Mohd Zahidi muncul johan Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Kelantan Ke-59 yang berlangsung di pekarangan Masjid Ismail Petra Tanah Merah, dekat sini, malam tadi. Mereka masing-masing menerima hadiah wang tunai RM14,000 iaitu RM6,500 […]

Subscribe US Now