Tahfiz khatam al-Quran di puncak gunung

webmaster

SERAMAI 48 pelajar Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi di Bachok berjaya khatam al-Quran di puncak Gunung Stong, Kuala Krai.

Program kembara huffaz itu dibimbing sembilan guru bagi menjayakan program dua hari satu malam tersebut. Ia merupakan program kedua sejak mula diadakan tahun lalu.

Setiausaha program berkenaan, Mohd Aris Farizal Abdul Halim berkata, aktiviti itu diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar supaya mengamalkan bacaan al-Quran di mana sahaja.

Katanya program terbabit turut melibatkan perkhemahan santai dan kembara hufaz dengan memfokus kebesaran ciptaan Ilahi di puncak gunung.

“Tahun ini bilangan peserta meningkat berbanding tahun lalu. Kami mendidik mereka dengan program berdikari, mengurus diri dan bekerjasama antara satu sama lain,” katanya.

Gunung Stong mempunyai puncak air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara terletak di Kampung Jelawang, Dabong. – HARAKAHDAILY 4/5/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kemiskinan dekat dengan kekufuran

BANYAK pihak yang berusaha merangka kecemerlangan dasar pendidikan negara melupakan elemen rohani sebagai pemangkin kepada kejayaan tersebut. Sedangkan rohani atau agama menjadi teras yang boleh mengimbangi kekuatan jasmani setiap manusia. Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiada Melayu Kelantan (MAIK), Dr Nik Azlan Abdul Hadi berkata elemen rohani, […]

Subscribe US Now