Tahfiz Sains, Maahad Perempuan terbaik SMU

webmaster

KOTA BHARU: Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah dan Maahad Muhammadi Perempuan muncul sekolah terbaik peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) yang diumumkan hari ini.

Manakala sekolah bantuan kerajaan terbaik pula ialah Sekolah Menengah Agama (Arab) al Kauthar Peringat dan Maahad Tahfiz al Quran wal Qiraat Shah Alam.

Pada peperiksaan tersebut seramai 2,358 calon  mendapat kelulusan mumtaz daripada 6,730 pelajar yang menduduki SMU termasuk dari luar Kelantan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Mohammad Awang berkata, jumlah terbabit mencatat peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, lapan daripada 10 matapelajaran yang ditawarkan pada SMU tahun ini mencatat peningkatan dan dua lagi menurun antara 0.39 hingga 0.42 peratus,” katanya di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan keputusan peperiksaan SMU, Sijil Menengah Tahfiz Quran (SMTQ) dan Sijil Tinggu Ugama Pondok (STUP) di Dewan Yayasan Islam Kelantan (Yik), Nilam Puri dekat sini.

Turut hadir Timbalan Pengarah (Pengurusan) Yayasan Islam Kelantan, Mohd Kamarudin Omar, Timbalan Pengarah (Akademik), Mohd Zaki Deraman dan Timbalan Pengarah (Sekolah), Che Kamarudin Kamel Che Muhammad.

Mohammad Awang juga berkata, seramai 17 yang menduduki peperiksaan SMTQ tahun ini mendapat jayyid jiddan dan 97 pelajar lagi mendapat mumtaz. Seramai 114 calon menduduki peperiksaan tersebut.

Peperiksaan STUP juga mencatatkan peningkatan tahun ini sebanyak 55.13 peratus berbanding 50.67 peratus tahun 2015. – HARAKAHDAILY 29/12/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Bekas penggerak Tukar mohon maaf

KOTA BHARU: Bekas penggerak gelombang Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (Tukar) ketika kempen pilihan raya umum (PRU) ke-13, Kamaruddin Kassim memohon maaf secara terbuka kepada rakyat negeri ini. Beliau yang muncul di pentas ceramah Anak Muda di pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV malam tadi meminta maaf kerana mengepalai […]

Subscribe US Now