Tahfiz terbakar dapat bantuan MAIK

webmaster

MAHAAD Tahfiz al-Quran Al-Ismailiah (Matais) Banggol Chicha, Pasir Mas yang terbakar baru-baru ini turut mendapat bantuan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

MAIK menyumbang RM65,000 kepada maahad tersebut yang disampaikan Timbalan Yang Dipertuanya, Dr Nik Azlan Nik Abdul Hadi.

Sumbangan tersebut diterima Pengetua Matais, Ustaz Hamzah Ishak bagi membaik pulih bangunan yang rosak akibat kebakaran terbabit. Setiap mangsa yang terlibat juga menerima RM500 seorang.

Dr Azlan melahirkan rasa syukur kerana semua pelajar terselamat dalam kejadian malang tersebut.

“Sumbangan MAIK bertujuan mengurangkan bebanan yang ditanggung Matais,” katanya semalam.

Ustaz Hamzah mengucap terima kasih kepada MAIK atas sumbangan diberikan bagi meringankan beban ditanggung pelajar terlibat.

Selain itu katanya sumbangan berkenaan juga akan digunakan untuk membaik pulih asrama yang terbakar tersebut.

Pada kejadian awal pagi Ahad lepas seramai 30 pelajar Matais tinggal sehelai sepinggang apabila asrama mereka musnah dalam kebakaran.

Sementara itu orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan melalui Bank Islam Malaysia Berhad 03027020189897 atau Bank Simpanan Nasional 0355041000016137 atas nama Madrasah Tahfiz al-Quran Al-Ismailiah. – HARAKAHDAILY 3/5/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tahfiz khatam al-Quran di puncak gunung

SERAMAI 48 pelajar Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi di Bachok berjaya khatam al-Quran di puncak Gunung Stong, Kuala Krai. Program kembara huffaz itu dibimbing sembilan guru bagi menjayakan program dua hari satu malam tersebut. Ia merupakan program kedua sejak mula diadakan tahun lalu. Setiausaha program berkenaan, Mohd Aris Farizal Abdul Halim […]

Subscribe US Now