Tahniah Kepada 4 Orang Pelajar Terbaik STPM 2018 Dari Negeri Kelantan

Dengan penuh rasa syukur dan terharu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada 4 orang pelajar terbaik STPM 2018 dari negeri Kelantan iaitu:

1. Dhivya Janani A/P Maniappan, SMK Mahmud Paduka Raja (1),Tanah Merah, Kelantan.

2. Wee Chin Sheng, SMK Mahmud Paduka Raja (1),Tanah Merah, Kelantan.

3. Leong Yean Thyn, SMK Sultan Yahya Petra (1), Kuala Krai, Kelantan.

4. Nur Salehah Bte Zahari, SMK Dato’ Biji Wangsa, Tumpat Kelantan.

Kelantan telah mencipta sejarah tersendiri apabila 4 dari 10 pelajar terbaik STPM negara adalah dari negeri ini. Sesungguhnya mereka adalah kebanggan seluruh rakyat Kelantan. Semoga mereka menjadi pendorong dan contoh tauladan kepada pelajar lain di masa akan datang.

Tahniah juga kepada ibubapa, pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan atas pencapaian ini. Semoga Kelantan terus unggul dalam bidang pindidikan.

YB Dato’ Dr Fadzli Dato’ Hj Hassan
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi
ADUN Temangan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
154Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment