Tak jemu buat kerja amal

TANAH MERAH – Sumbangan seorang aktivis kebajikan dalam kerja amal, terutama membabitkan golongan asnaf mendapat pengiktirafan apabila dianugerahkan Tokoh Hero Rakyat Dun Bukit Panau, di sini, kelmarin.

Presiden Kelab Pemuda Cakna (KPC), yang juga, Mohd Shazuwan Husnan Che Hamid dipilih sebagai penerima anugerah itu pada program Hari Mahabbah Kebajikan Dun berkenaan.

Mohd Shazuwan Husnan berkata, beliau bersyukur kepada ALLAH dan berterima kasih kepada semua atas pemilihannya sebagai pelaksana dan pembantu bagi melengkapkan kerja kebajikan menerusi pengiktirafan tersebut.

Beliau yang juga Timbalan Pengarah 3 Jabatan Amal Kelantan berkata, anugerah berkenaan merupakan pengiktirafan bukan sahaja kepadanya, malah kepada semua pihak yang memberikan sokongan dan sumbangan kepada kerja kebajikan dilakukannya.

“Anugerah ini saya kongsi dengan semua terutama Prof Madya Dr Fuziah Shaffie dan Dr. Zakiyah Jamaludin dari Universiti Utara Malaysia (UUM) kerana di sana tercetusnya inspirasi untuk saya aktif dalam kerja kebajikan.

“Kegigihan mereka yang sudah lama dalam lapangan ini seperti ditunjukkan aktivis, Zarina Nawawi dan beberapa orang lagi juga banyak membantu saya meneruskan kerja kebajikan,” katanya.

Penyampaian anugerah pada program anjuran Majlis Tindakan Dun Bukit Panau itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Mumtaz Md Nawi.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial UUM berterima kasih kepada pegawai dan petugas Jabatan Amal Kelantan yang menjadi pendamping dan pembantu dalam kerja amal dilakukannya.

“Sokongan dan sumbangan semua pihak banyak mengatur langkah saya dalam meneruskan kerja amal. Tanpa mereka, tidak bermakna kerja-kerja saya ini.

“Hanya doa saya mampu titipkan kepada semua semoga setiap titik peluh atas kerja kebajikan ini diterima ALLAH sebagai pelaburan di akhirat nanti,” katanya.

Sementara itu, Ketua Muslimah Dun Bukit Panau, Mariam Yaakob berkata, tiga anugerah lain turut diberikan pada majlis itu iaitu Tokoh Warga Emas, Tokoh Armalah dan Tokoh Anak Yatim. SINAR HARIAN 29/9/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook67Share on Google+0Tweet about this on TwitterPrint this page

Add Comment