Tak perlu hantar surat, kata Speaker Dun

webmaster

JELI – Susulan isu hilang kelayakan sebagai Adun, Speaker Dun Kelantan,Datuk Abdullah Ya’kub menegaskan pihaknya tidak perlu menghantar surat kepada Datuk Mat Yusoff Ab Ghani.

Menurutnya, beliau hanya mengisytiharkan tentang kelayakan Mat Yusoff sebagai Adun selepas Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Selangor mengisytiharkan Adun Nenggiri muflis dan belum menyelesaikan perkara itu.

“Tak perlu hantar surat. Beliau sendiri maklum mengenai perkara itu.

“Beliau diisytiharkan muflis dan belum selesaikan lagi, kalau selesai, tak ada masalah. Saya sebagai Speaker isytiharkan beliau hilang kelayakan sebagai Adun kerana kebangkrapan tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, hari ini.

Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mat Yusoff yang menegaskan belum menerima sebarang surat berhubung pengguguran jawatan sebagai Adun Nenggiri.

Mengulas tindakan Mat Yusoff yang mempertikaikan cara beliau mengisytiharkan kebangkrapannya terus kepada media, Abdullah berkata, beliau hanya menjalankan tugas sebagaimana diminta.

“Saya bertindak sebagaimana diminta. Saya hanya nyatakan beliau hilang kelayakan sebagai Adun disebabkan muflis,” katanya.

Mat Yusoff sebelum ini mempertikaikan tindakan Abdullah yang mengisytiharkan kebangkrapan beliau terus kepada media dan menyifatkan ia tidak mengikut peraturan dan Undang- Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.- SINAR HARIAN 7 JUN 2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Ribuan ikuti khatam al-Quran 100 kali

MADINAH Ramadan yang menjadi tumpuan ramai, sekali lagi mencatat sejarah apabila ribuan peserta mengikuti program khatam al Quran 100 kali, malam tadi. Program itu yang bermula jam 10 malam seusai solat Tarawih berakhir 45 minit kemudian. Hadir sama anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Adun Pasir Tumbuh, Ustaz Ab Rahman […]

Subscribe US Now