Tak pernah mimpi dapat rumah baharu

webmaster

imageTANAH MERAH – Kesempitan hidup menyebabkan seorang penduduk Kampung Gual Petai Lima, dekat sini, tidak pernah termimpi akan mendapat rumah baharu selepas rumah lamanya musnah dalam kebakaran, akhir November lalu.

Namun, Rahim Che Deraman, 62, kini mampu menarik nafas lega apabila nasib malangnya mendapat perhatian kerajaan negeri yang meluluskan bantuan bagi membina sebuah rumah baharu.

Rahim berkata, bantuan diusahakan Penyelia Dun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustafa itu amat bermakna kepada dirinya yang tentu sekali tidak mampu membina rumah baharu jika tidak dibantu.

Katanya, selepas kebakaran tersebut, dia dan isteri terpaksa menjadikan bahagian dapur rumah lama sebagai tempat berteduh.

“Selepas hilang tempat tinggal dalam kebakaran tempoh hari, saya tak pernah bermimpi akan dapat rumah baru kerana kami bukan orang senang.

“Saya hanya mampu ucap terima kasih kepada Cikgu Wan (Yusoff) dan kerajaan negeri kerana begitu cakna dengan kesusahan kami dan menghulurkan bantuan sebuah rumah baru,” katanya, semalam selepas solat hajat kesyukuran dan doa selamat projek pembinaan rumah baharu itu di atas tapak rumah lama yang terbakar di Kampung Gual Petai Lima, dekat sini, semalam.

Solat hajat yang turut dihadiri Wan Yusoff dan Setiausaha Pas Tanah Merah, Mohd Razali Yusoff itu dipimpin Imam Muda Masjid Mukim Tok Che Dol, Mohd Khairi Mohamad.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, 19 November lalu, mangsa tinggal sehelai sepinggang selepas rumah yang didiami lima sekeluarga itu musnah terbakar.

Isteri Rahim, Zainiah Mat, 62, juga melecur teruk pada beberapa bahagian badan terutama kaki dan tangan kerana meredah api untuk menyelamatkan seorang cucunya.

Kejadian itu turut memusnahkan sebuah kereta Perodua Kancil dan merosakkan bahagian dapur rumah seorang anak lelaki Rahim yang terletak bersebelahan rumahnya.

Sementara itu, Wan Yusoff berkata, susulan kebakaran itu, beliau berjumpa dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob atas dasar prihatin dan simpati dengan nasib mangsa.

“Alhamdulillah, hasil pertemuan itu, Menteri Besar memberikan perakuan dan restu kepada saya supaya membantu membina sebuah rumah baharu untuk keluarga ini.

“Harapan saya dan kerajaan negeri, apabila siapnya rumah ini nanti, Rahim sekeluarga dapat hidup dengan lebih senang dan selesa,” katanya.

Tambahnya, projek pembinaan rumah baharu dilengkapi tiga bilik yang dianggarkan bernilai RM40,000 itu dijangka siap dalam tempoh dua hingga tiga bulan – Sinarharian

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Peraturan tutup aurat di Kelantan sejak 1992

KOTA BHARU: Sejak 1992 setiap premis perniagaan di Kelantan dikenakan syarat berpakaian menutup aurat sebagai peraturan kelulusan lesen pihak berkuasa tempatan (PBT). Peraturan terbabit antara lain menyebut semua pemegang lesen serta pekerja Islam hendaklah berpakaian menutup aurat dan bukan Islam berpakaian sopan. Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata gejala […]

Subscribe US Now