Takaful Kifaalah boleh disedekah masjid

webmaster

PENCARUM Skim Takaful Kifaalah Warga Emas yang tidak berhasrat mewasikan nama keluarga boleh menamakan masjid atau surau sebagai penerima pampasan.

Anggota Exco kerajaan negeri Datuk Hanifa Ahmad berkata, ada sebilangan kecil penduduk tidak mahu mendaftar nama keluarga sendiri sebagai wasi skim berkenaan.

“Mungkin kerana tidak mahu membebankan kerajaan negeri atau mereka berkemampuan dalam aspek kewangan.

“Oleh itu mereka boleh menamakan masjid, surau, anak-anak yatim atau penduduk miskin sebagai wasi bagi menerima pampasan skim berkenaan,” katanya pada penyampaian pampasan skim berkenaan di Pejabat Dun Pengkalan Pasir semalam.

Seramai 60 keluarga warga emas yang meninggal dunia menerima pampasan terbabit.

Skim Takaful Kifaalah diperkenalkan kerajaan negeri pada Februari 2007. Warga emas yang berusia 60 tahun dan lebih layak menyertai skim berkenaan.

Setiap wasi menerima RM1,000 pada majlis itu. Manakala RM500 lagi disumbang pada hari kematian pencarum. – HARAKAHDAILY 9/3/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Ulama perlu mendalami ilmu terkini

GOLONGAN ulama khususnya guru-guru pondok disaran mempelbagaikan ilmu pengetahuan khususnya internet. Pensyarah Kolej Sultan Ismail Petra (Kias), Zulqarnain Hassan berkata, ia amat penting dalam menangani pelbagai serangan terhadap Islam zaman kini. Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Pertahan Kerajaan Islam Kelantan Suatu Kewajipan syarie’. Menurutnya, guru pondok jangan […]

Subscribe US Now