Tambah baik dasar MBI penggal ke-14

KOTA BHARU: Kerajaan negeri akan menambah baik dasar Membangun Bersama Islam (MBI) sekiranya rakyat terus memberi mandat kepada PAS untuk terus mentadbir Kelantan.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, penjenamaan baru dilaksanakan sekarang iaitu Merakyatkan Membangun Bersama Islam.

Katanya, dasar MBI diilhamkan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat diteruskan sehingga sekarang.

“MBI yang mempunyai tiga prinsip utama iaitu ubudiyah, masuliyah dan itqan (UMI). Dasar itu mampu mendidik rakyat serta penjawat awam terhadap ketelusan dan integriti dalam urusan harian.

“Kita mengerakkan jentera kerajaan untuk melaksanakan prinsip UMI berterusan sehingga sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan soalan Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini. – HARAKAHDAILY 27/3/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
380Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment