Tambah baik legasi dasar Tok Guru

webmaster

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan akan meneruskan dan membuat penambahbaikan terhadap legasi dasar ‘Membangun Bersama Islam’ diperkenal bekas menteri besar, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, dasar yang sama itu diteruskan oleh sesiapa sahaja pemimpin yang menyambung pemerintahan di negeri ini, cuma beliau menambah baik sedikit dasar itu selepas zaman Nik Aziz.

“Saya merakyatkan dasar ‘Membangun Bersama Islam’ supaya rakyat turut merasai, contohnya ubudiyah (ibadah), selama ini, kita tekankan kepada pegawai-pegawai pentadbir dan kepada rakyat supaya mereka juga merasai bekerja sebagai petani, buruh, sebagai ubudiyah kepada orang.

“Saya mahu luaskan ubudiyah ini dalam satu prinsip yang membawa kita untuk mendapat keberkatan, kemakmuran dan kebajikan serta kita terjemahkan dalam program,” katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran pembinaan masjid dan kutipan derma Masjid Mukim Nilam Baru, di sini, semalam.

Kelmarin, genap setahun pemergian Allahyarham Nik Abdul Aziz atau Tok Guru yang meninggal akibat mengalami kanser prostat tahap empat, setelah 23 tahun beliau menjadi Menteri Besar Kelantan.

Ahmad berkata, setelah pemergian Allahyarham Tok Guru, beliau mengakui mereka bukan sahaja rapat, malah banyak kenangan bersama dan menyifatkan Nik Abdul Aziz sebagai Murabbi Ummah.

“Beliau (Allahyarham Nik Abdul Aziz) sentiasa mengajar walau di mana beliau berada dan sentiasa memberikan kuliah selepas solat.

“Peranan beliau sebagai ahli politik, Murabbi diteruskan… ini saya tidak lupa, malah paling saya ingat, beliau sentiasa mendidik kita supaya sentiasa ikhlas dalam kerja-kerja perjuangan dan meletakkan diri kita sebagai hamba ALLAH SWT,” katanya.

Ahmad berkata, Allahyarham Nik Abdul Aziz juga dianggap seorang ahli politik berjaya, tekun dan tegas dalam satu-satu pandangan dan memang perlu dikenang sepanjang hidup rakyat. [SINAR HARIAN]

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan rai penakluk Kutub Selatan

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan turut berbangga di atas kejayaan penjelajah negara yang menakluk Kutub Selatan, Shahrom Abdullah. Hari ini anak jati Felda Chiku, Gua Musang berkunjung ke pejabat Menteri Besar untuk berkongsi detik kejayaan menawan bumi yang paling hujung di benua selatan. “Ini adalah pencapaian bertaraf dunia sehingga berjaya mencipta […]

Subscribe US Now