Tanah adat: Menteri pun keliru juga

adattGUA MUSANG: Bukan sahaja orang ramai yang keliru istilah tanah wilayah adat, sebaliknya pemimpin bertaraf menteri juga kurang faham mengenainya.

Sedangkan tanah Orang Asal yang diwarisi dari generasi ke generasi tidak termasuk dalam sistem pendaftaran mengikut undang-undang tanah Malaysia di bawah Kanun Tanah Negara 1965.

adat1Penyelia Dun Galas, Ustaz Suhaimi Mat Deris berkata tanah wilayah adat bagi Orang Asal tidak ada di negeri-negeri di Semenanjung, dan ia hanya wujud di Sabah dan Sarawak.

“Berdasar kepada kefahaman saya istilah tanah wilayah adat di Kelantan tidak ada, yang ada hanya kawasan rayauan,” katanya yang juga pernah berkhidmat dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

Kelmarin Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Nur Jazlan Yaakob mahu kerajaan negeri mewartakan tanah wilayah adat Orang Asal di Kelantan.

Beliau mengesa kerajaan negeri mempercepatkan pewartaan tanah berkenaan

bagi menyelesaikan masalah yang berlaku di Gua Musang.

Suhaimi juga berkata, tanah wilayah adat berbeza dengan kawasan rayauan yang telah dan sedang digazet kerajaan negeri.

Sebelum ini Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob memberitahu kerajaan negeri akan mewartakan lagi seluas 2,403 ekar untuk rizab Orang Asal.

Selain itu katanya, seluas 37,050 ekar pula akan disediakan untuk kawasan rayau penduduk Orang Asal di negeri ini. – HARAKAHDAILY 6/12/2016

(Visited 6 times, 1 visits today)

Add Comment