Tanah Merah sasar jadi bandar terbersih

BANDAR Tanah Merah bakal muncul bandar bersih di Kelantan, hasil kerjasama semua pihak termasuk agensi kerajaan dan masyarakat.

Hari ini diadakan pra pelancaran Tanah Merah Bandar Bersih yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

“Sasaran kita dalam masa tiga bulan ini kita akan melahirkan Tanah Merah sebagai bandar bersih. Ini antara usaha kita untuk mengajak masyarakat menjaga kebersihan kawasan sekeliling.

“Kita tidak mahu ada di sana pihak yang menyatakan mereka tidak terlibat. Hari ini semua masyarakat terlibat kerana mereka sebahagian masyarakat untuk menjaga kebersihan,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran yang diadakan di perkarangan Pasar Besar Tanah Merah. – HARAKAHDAILY 28/8/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
194Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment